01

TENTANG KAMI

Herlysa Logo Small

Jenama Herlysa Vegan dikendalikan oleh Green Viral Marketing SDN BHD (1220490-P).

Kepakaran Herlysa Vegan adalah membantu mereka di luar sana yang mengalami masalah kulit jerawat, jeragat, pori-pori terbuka, kusam dan tidak sekata di bahagian wajah dalam memilih produk tanpa was-was, untuk kelihatan cantik semula dan tampil dengan keyakinan lebih tinggi dan menawan.

Herlysa Vegan merupakan produk rawatan kulit buatan Malaysia yang dihasilkan 100% menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan seperti  Apple Stem Cell, Argan Oil, Witch Hazel, Aloe Vera dan Licorice. Produk Herlysa Vegan sangat berkesan untuk penjagaan, pencegahan dan rawatan kulit kerana ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan alam semula jadi yang berkualiti tinggi.

Kebanyakkan orang diluar sana yang mempunyai masalah kulit menghadapi kesukaran untuk mencari produk yang bebas dari bahan kimia dan halal. Para pengguna tidak perlu susah hati kerana semua produk Herlysa Vegan menawarkan produk rawatan kulit yang suci, halal dan bebas dari bahan kimia seperti merkuri, hidrokuinon, paraben dan plumbum.

Produk Herlysa Vegan boleh digunakan tanpa was-was kerana telah diluluskan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan mendapat pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Practice) dan dikilangkan sepenuhnya di Malaysia.

Al'Vera Face Mist

93-1, SECC Mall, Jalan Cattleya 9, Persada Cattleya, 70450, Senawang

Negeri Sembilan

Lat: 2.69170     Long: 101.98144
Waze: SECC Mall