Stres kan bila ramai salah teka umur, kalau teka lagi muda takpe lah, ini ditekanya 5, 10 tahun lagi tua dari usia sebenar. Ini semua sebab garis-garis halus dan kedutan di kulit muka.

Dah lah kedutan ni boleh buatkan kita rasa kurang rasa yakin, bila bersolek pula tak naik seri nya, rasa macam membazir wang dan masa pula.

Jadi Sis nak cerita dengan anda 5 punca kenapa muka boleh berkedut.

Nanti jangan lupa SHARE SHARE SHARE ye... 5 PUNCA KEDUTAN DI MUKA

5 PUNCA KEDUTAN DI MUKA

1. EKSPRESI WAJAH

Ekspresi wajah seperti mengenyit atau pun tersenyum, boleh bawa kepada garis halus dan kedutan muka tau.

Setiap kali anda gunakan otot muka, bentuk alur terbentuk di bawah permukaan kulit. Semakin kita berumur, akan semakin hilang fleksibiliti nya dan wajah kita tidak lagi menjadi anjal seperti dulu. 

Dan alur ini kemudiannya akan jadi kedutan yang kekal di wajah anda.

5 PUNCA KEDUTAN DI MUKA

2. MEROKOK

Ini sepatutnya tidak mengejutkan, merokok adalah salah satu penyebab terbesar kedutan muka. Bukan saja kedudukan rokok semasa di dalam mulut anda boleh sebabkan garis halus, tetapi toksin dari rokok itu sendiri boleh tuakan kulit anda.

Nikotin dalam rokok pula boleh sempitkan salur darah dalam kulit dan sebabkan lebih banyak kedutan kerana nutrien paling penting tidak lagi dapat masuk ke kulit kita.

5 PUNCA KEDUTAN DI MUKA

3. SINARAN UV

Sepatutnya tak mengejutkan kalau punca utama muka berkedut disebabkan pendedahan kepada sinaran UV matahari.

Kedua-dua sinaran UV iaitu sinaran UVA (Ultra Violet A), yang tembusi lapisan kulit paling dalam, dan sinaran UVB (Ultra Violet B), yang buat kulit jadi gelap disebabkan matahari, boleh bertambahnya penuaan dan kedutan. 

Bukan saja mengelak diri dari terkena matahari melindungi anda dari kanser kulit, tapi ia juga akan buatkan muka anda kelihatan kekal muda.

5 PUNCA KEDUTAN DI MUKA

4. PENCEMARAN

Anda mungkin tak terfikir tentang persekitaran anda, tapi ia sebenarnya beri impak yang besar kepada kedutan dan garis halus.

Malah, ada satu kajian mengatakan wanita yang tinggal di kawasan bandar akan dapat lebih banyak kedutan berbanding mereka yang tinggal di kawasan luar bandar sepanjang 24 tahun mereka.

Jadi, jika anda tinggal di bandar yang sesak, pastikan anda cuci muka anda dulu  menggunakan sabun pencuci didalam set R'Seven bila waktu malam sebelum tidur untuk bersihkan kotoran pencemaran di muka tu.

5 PUNCA KEDUTAN DI MUKA

5. TAK CUKUP TIDUR

Anda tahu kan tidur yang cukup sangat penting untuk bantu anda untuk jadi diri anda yang terbaik untuk esok, dan tidur ni boleh bantu anda untuk kurangkan berat badan juga.

Tapi tau tak anda yang ia juga boleh bantu kulit anda kekal licin? Kurangnya tidur adalah penyumbang kepada kedutan muka kerana pH kulit berubah dan kulit muka akan dihidrasi bila tak cukup tidur. 

Pastikan anda sentiasa dapatkan 6-8 jam tidur yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

Ada sebabnya ia dipanggil 'beauty sleep' tau.

Punca-punca terjadinya JERAGAT:

  1. Cahaya matahari/ sinaran UV (Guna produk yg mempunyai SPF/ Sunblock)
  2. Penggunaan hormone. Pil Perancang
  3. Penggunaan Kosmetik/ rawatan kulit yang tidak sesuai
  4. Keturunan
3 Jenis Jeragat CRITICAL!

Epidermis

Lapisan atas kulit, Melanin yang dikeluarkan secara banyak akan terjadi di lapisan atas kulit,

Cara Rawatan Tradisional,

Ambil 2 helai daun sirih muda (simpan dalam peti sejuk) selepas itu gosok pada wajah.

3 Jenis Jeragat CRITICAL!

Dermis

Lapisan kulit dipanggil sebagai dermis, Melanin berada di bahagian lapisan bawah epidemis,

Cara Rawatan Tradisional,

Ambil 2 inci betik, 1genggam beras, air & 1 inci kulit kayu manis. (beras direndam 1malam sampai kembang),

Selepas itu kisar/ tumbuk dengan sedikit air dan bersama betik, kayu manis,

Sapu pada wajah dan biarkan sehingga kering.

3 Jenis Jeragat CRITICAL!

Campuran

Melanin akan terjadi di kawasan epidermis dan dermis,

Ambil putih telur, rendam tisu dan tampal atau lekap pada wajah sehingga kering,

Atau, gosok hampas kelapa pada wajah biar selama 15minit lebih, baru cuci sehingga bersih.

Kulit yang kusam merupakan keadaan yang sangat menjengkelkan.

Keadaan kulit kusam ini kebiasaanya terjadi di sebabkan oleh minyak yang berlebihan.

Pada asalnya, wajah kita sudah pun menghasilkan minyak yang semulajadi, minyak ini berfungsi untuk melindungi kulit dari bahaya luar seperti debu, radikal bebas dan sebagainya. 

Dalam masa yang sama membantu untuk meremajakan sel kulit.

Tetapi, jika terlalu banyak pengeluaran minyak, ini akan menjadikan masalah lain kepada kulit. Minyak yang berlebihan akan menjadikan kulit kusam dan tidak bercahaya.

Dan ini pasti akan menggangu penampilan kita bila berdepan dengan orang lain sewaktu berurusan.

Jadi kami kongsikan di sini tentang sebab-sebab yang membuatkan kulit wajah menjadi kusam supaya anda tahu cara untuk mengelakknya..

8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata

Cara Pemakanan

Sebab utama kulit menjadi kusam adalah disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak sihat, antara pemakanan yang tidak sihat adalah seperti makanan bergoreng, makanan yang banyak mengandungi santan, makanan seperti junk food.

Oleh itu, elakkan makan makanan yang tertera di atas untuk menjaga kulit wajah anda.

8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata

Corak Kehidupan

Tabiat buruk yang boleh mendatangkan pengaruh yang teruk kepada kulit wajah untuk menjadi kusam adalah corak kehidupan yang tidak terjaga.

Sebagai contoh, terlalu banyak berehat dan kurangnya pergerakan seperti senaman. 

Dalam masa yang sama, ini boleh meningkatkan lagi proses penuaan kulit muka.

8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata

Alam Sekitar

Antara sebab yang lain, cuaca dan peredaran alam sekitar di sekeliling turut menjadi punca kepada masalah kulit kusam ini.

Jika kita terbiasa dengan persekitaran yang berdebu dan udara yang kotor turut akan menyebabkan kulit menjadi tidak sihat, seterusnya membawa kepada masalah kulit kusam. 

Ini kerana, debu yang ada di persekitaran akan melekat pada permukaan kulit kita dan buatkan liang pori-pori kulit menjadi tersumbat hingga akhirnya menyebabkan masalah pada kulit.

8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata

Kosmetik Yang Salah

Zaman sekarang, penggunaan kosmetik adalah salah satu kewajipan bagi sesetengah wanita, namun kosmetik juga boleh menjadi penyebab kepada masalah kerosakan kulit.

Betul, kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit kita akan menyebabkan kulit kusam dan rosak.

Lebih-lebih lagi jika kosmetik tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya pada wajah dan kulit. Terdapat juga produk kosmetik yang mendatangkan kanser kepada kulit.

Oleh itu, hati-hatilah dalam memilih alat kosmetik dan pastikan produk kosmetik itu bersesuaian dengan jenis kulit anda.

8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata

Genetik & Keturunan

Dalam banyak-banyak sebab, faktor keturunan adalah salah 1 yang menyumbang kepada masalah kulit.

Ada sesetengah wanita yang akan cenderung mengalami masalah kulit kusam ini di sebabkan oleh keturunan orang tuanya yang di turunkan kepada anaknya.

8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata

Kurang Air

Air yang di maksudkan adalah, air putih. Ini kerana air putih sangat penting kepada kesihatan tubuh badan dan kecantikan kulit.

Air putih berfungsi untuk membuang racun atau toksin di dalam tubuh badan serta menjaga kelembapan kulit.

Kekurangan air putih akan menyebabkan tubuh menjadi dehidrasi dan akibatnya akan membuatkan banyak sel yang mati. 

Justeru, kulit juga akan mengalami masalah seperti kering, kusam dan berkedut.

Jadi di sarankan untuk pengambilan air putih yang minimun sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata

Tidur Tidak Cukup

Orang yang kurang tidur juga cenderung untuk alami kulit yang kusam, pucat, berminyak dan berkedut.

Ini kerana, pada waktu tidur, sel kulit akan bertindak untuk membaiki dan menghasilkan sel-sel kulit yang baru.

Jadi jika kekurangan tidur, sudah tentu hal ini akan menggangu proses untuk regenerasi sel kulit yang baru tersebut.

8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata

Stres

Untuk pengetahuan semua, sewaktu stres, kebiasaanya kulit akan menghasilkan minyak yang banyak dan berlebihan.

Disebabkan itu, wajah akan mengalami kesan sampingan seperti kusam dan tidak bermaya.

Antara punca utama jerawat suka berkampung di spot2 feveret ni atas beberapa sebab yang anda kena ambil tahu,

Jadi, kami kongsikan dengan anda tentang spot2 feveret jerawat suka berkampung dan mcm mana nak menghalau jerawat-jerawat ni dari berkampung di situ..

5 Spot Jerawat Berkampung

Dagu

Punca jerawat di dagu kebiasaannya berpunca dari kitaran haid atau pon hormone seseorang. Hormone testosterone akan menyebabkan gelandir mengeluarkan minyak yang banyak dan menyebabkan liang-liang pori tersumbat.

Liang-liang pori yang tersumbat akan menyebabkan keluarnya jerawat di muka.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah apabila hampir tiba masa haid. Anda perlu lebih kerap mencuci muka di bahagian kawasan dagu dan leher. 

Jika anda menggunakan Double Serum Herlysa anda boleh gunakan dlm kuantiti yang lebih sedikit dari biasa dikawasan dagu dan leher.

5 Spot Jerawat Berkampung

Dahi & Hidung

Jerawat yang kebiasaan muncul di dahi dan hidung atau pun “T-ZONE” adalah kerana stress. Hormone adrenaline akan menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan di dalam kulit muka dan boleh menyebabkan “BREAKOUT”.

Hormon adrenaline menjadi aktif akibat tekanan kerja atau pun tekanan belajar.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengawal pemakanan berminyak dan juga produk tenusu. Elakkan makan makanan yang anda alergik. Dengan lebih elok, kawal pemakanan anda.

5 Spot Jerawat Berkampung

Anak Rambut

Ini bermakna anda mengalami masalah dengan minyak rambut anda. Jerawat akan terhasil di bahagian anak rambut sekiranya anda menggunakan minyak rambut atau “POMADE” yang tidak sesuai untuk kulit anda.

Jika anda tidak mencuci dengan bersih itu pun boleh menyebabkan jerawat di bahagian anak rambut.

Cara yang terbaik untuk masalah ini ialah mencuci rambut anda dengan bersih serta kurang kan dari gunakan minyak rambut atau “POMADE” di bahagian tersebut.

5 Spot Jerawat Berkampung

Pipi

Jerawat di pipi boleh di sebabkan kerana tangan yang kotor serta apa sahaja barang yang kita letakkan di pipi seperti telefon atau pon tapak tangan kita sendiri.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah kurangkan menyentuh pipi anda dan selalu pastikan tangan anda sentiasa dalam keadaan bersih.

5 Spot Jerawat Berkampung

Badan

Jerawat di bahagian badan biasanya di alami oleh golongan wanita, hal ini selalunya kerana pakaian dalam atau “bra”.

Jika anda seorang yang suka bersukan, elakkan memakai “sport bra” yang di perbuat dari kain cotton.
Pemakanan juga boleh menjadi faktor.

Wanita yang kerap bersenam lebih elok memakai pakaian yang diperbuat dari “polyster” atau “microfiber”. 

Cara untuk mengatasi kawal pemakanan anda dan lebih kan memakan oat untuk mereka yang sering mengalami masalah jerawat di badan.

"SIAPA YANG TIDAK KESAL, JIKA ADA MASALAH KULIT BERJERAWAT..KAN..???"

Masalah kulit yang sering membuat kita kurang keyakinan diri,

Jerawat, pada asalnya kelihatan seperti benjol yang timbul akibat kulit muka yang pori-porinya tersumbat akibat minyak yang berlebihan,

Banyak faktor yang menjadi punca kepada jerawat ni, antaranya:

+kulit berminyak,
+hormon yang tidak stabil,
+pola pemakanan yang tidak terkawal dan tidak sihat,
+waktu tidur yang tidak mencukupi,
+persekitaran yang mendatangkan stress,

dan sebagainya.

Jadi, Sis Lysa ingin kongsikan tentang 5 TIPS MENCEGAH TIMBULNYA JERAWAT buat korang.

5 TIPS MENCEGAH JERAWAT

RAJIN MEMBASUH MUKA

Ini adalah cara yang paling mudah, iaitu membersihkan muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pembersih muka.

Pilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Sekarang ni dah banyak pembersih muka yang menggunakan bahan-bahan organik dan semulajadi di pasaran.

Rajin membersihkan muka adalah kunci dalam menjaga kulit dari kotoran dan minyak yang berlebihan yang boleh menjadi sebab terhasilnya jerawat.

5 TIPS MENCEGAH JERAWAT

JANGAN SENTUH DAN PICIT

Jika jerawat timbul di muka, jangan cuba-cuba gatal tangan untuk sentuh dengan tangan anda yang kotor, bukan apa takut nanti bakteria yang ada di jari akan menyebabkan factor untuk jerawat tumbuh dengan lebih sihat.

Di ingatkan untuk tidak memicit jerawat yang timbul atau tumbuh kerana, itu akan membuatkan kondisi jerawat yang tumbuh akan meninggalkan bekas atau kesan yang lebih teruk sewaktu ianya hilang nanti.

5 TIPS MENCEGAH JERAWAT

ELAKKAN MAKEUP BERLEBIHAN

Kekerapan make up yang berlebihan adalah salah 1 punca yang menyebabkan pori-pori di kulit muka tersumbat jika tidak di bersihkan dengan betul.

Pastikan anda mengunakan alat dan bahan make up yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Paling penting, jangan lupa untuk bersihkan make up anda sebelum tidur.

5 TIPS MENCEGAH JERAWAT

RAJIN BERSENAM

Senaman baik untuk membantu mengimbangkan hormon badan dan mengurangkan risiko stres yang berlebihan.

Setiap kali selepas bersenam, mandi dengan air yang hangat untuk bersihkan tubuh dari keringat peluh dan minyak yang dapat menyebabkan jerawat.

5 TIPS MENCEGAH JERAWAT

CARA PEMAKANAN YANG SIHAT

Menu makanan yang sihat dan seimbang dapat menjaga kesihatan kulit.

Cuba untuk dapatkan pemakanan yang baik seperti buah dan sayur yang bersih untuk mengatasi jerawat dari dalaman.

Jika anda sering mengalami masalah jerawat, sebaiknya hindari diri dari memakan makanan yang berminyak, berlemak, fast food dan yang mengandungi kafein.

"INILAH 7 JENIS JERAWAT & KESANNYA YANG PERLU ANDA KETAHUI"

Jerawat merupakan salah satu dari jenis penyakit kulit yang paling sering muncul di bahagian wajah dan pasti sangat terganggu hingga dapat mempengaruhi self-esteem setiap individu.

Memiliki wajah yang bersih dan cantik tanpa jerawat merupakan dambaan sebahagian besar wanita.

Kebanyakan wanita hari ini sering merasa tidak selesa dan hilang kepercayaan pada diri sendiri bila keluar dari rumah dengan wajah yang berjerawat,

Jadi kat sini ade 7 JENIS JERAWAT & KESANNYA yang perlu anda ambil tahu..

Kalau rasa-rasa belum pasti atau belum tahu, kena cepat-cepat dapatkan jawapan tentang jenis jerawat yang anda alami tu..

7 Jenis Jerawat

JERAWAT BIASA

Hampir sebahagian besar orang pernah menderita dgn jerawat seperti ini. Jerawat ini mudah dikenali kerana bentuknye yang kecil dan berwarna putih kemerahan.

Jerawat ini timbul kerana tersumbatnya pori-pori dengan bakteria propionibacterium. Bakteria tersebut hidup di kelenjar yang tersembunyi dibawah permukaan kulit atau sering disebut juga sebagai kelenjar sebaceous.

7 Jenis Jerawat

JERAWAT BATU

Memiliki ukuran yang lebih besar dari pada jerawat biasa. Jerawat batu berwarna kemerah-merahan dan menunjukkan reaksi keradangan.

Jika terus dibiarkan jerawat batu akan meninggalkan bekas yang susah untuk dihilangkan. Jerawat batu atau yang sering disebut dengan Cystic Acne ini sering muncul disebabkan kerana kelenjar minyak yang terlalu banyak dan pertumbuhan sel yang tidak normal.

Jerawat batu tergolong dalam jerawat yang parah.

7 Jenis Jerawat

JERAWAT KOMEDO

Disebabkan oleh sel-sel kulit mati dan kelenjar minyak yang berlebihan. Jerawat Komedo terbagi kepada dua jenis iaitu jerawat komedo tertutup dan jerawat komedo terbuka.

Jerawat Komedo tertutup akan kelihatan seperti benjolan berwarna putih. Sedangkan jerawat komedo terbuka akan kelihatan seperti pori-pori yang membesar dan menghitam.

7 Jenis Jerawat

JERAWAT JUVENIL

Jerawat ini timbul pada masa haid bagi wanita yg dikalangan usia 14-20 tahun. Penyebab jerawat ini berpunca dari masalah hormon yang belum stabil dalam memproduksi sebum.

7 Jenis Jerawat

JERAWAT VULGARIS

Merupakan masalah kelainan pada kulit yang mengalami erupsi komedo terbuka, komedo tertutup serta jerawat yang diikuti dengan kulit kemerahan serta bersisik.

Jerawat ini biasanya timbul pada masa remaja dan umumnya berlanjutan sehingga pada masa dewasa.

Jerawat ini sering di alami kerana kelebihan minyak, perubahan hormon, sebab penyalah gunaan produk kosmetik yang membuatkan kulit mati.

7 Jenis Jerawat

JERAWAT ROSACEA

Jerawat ini biasanya timbul pada wanita yang berusia 30-50 tahun.

Pada mulanya jerawat ini akan kelihatan kemerahan yang dapat menimbulkan peradangan sehingga menimbulkan sisik pada celah-celah hidung.

7 Jenis Jerawat

JERAWAT NITROSICA

Jerawat jenis ini harus dijaga-jaga kerana jika dibiarkan akan menyebabkan berlakunya lubang-lubang pada kulit wajah.

Saranan sekiranya mempunyai jerawat nitrosica, segera dapatkan khidmat nasihat dengan doktor, atau rawatan khas dengan pakar perubatan kulit untuk mendapatkan kembali kulit yang sihat.

Jerawat kat muka memang sangat mengganggu apatah lagi kalau jumlahnya banyak sampai boleh timbul rasa tak percaya kat diri sendiri.

Ada banyak punca dan penyebab tumbuhnya jerawat kat muka yang kita kena tahu kerana kulit muka adalah bahagian kulit yang paling selalu terdedah kat luar persekitaran yang mana muka ni perlu sentiasa dijaga dengan baik.

Mari kita lihat antara penyebab munculnya jerawat kat muka.

 

7 PUNCA JERAWAT TUMBUH

STRESS

Stres adalah antara faktor penyebab jerawat di muka. Tahap stres yang tinggi boleh beri kesan kat muka dan menyebabkan radang jerawat yang teruk.

Jadi, bila dalam keadaan stres, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan keluar secara berlebihan dan menjadi punca berlakunya jerawat terutamanya di muka.

7 PUNCA JERAWAT TUMBUH

HORMON

Masa usia remaja atau akil baligh ni, perubahan kat hormon iaitu kelenjar sebaceous boleh menyebabkan jerawat pada wajah.

Itu kerana bila kelenjar ni mengembang, ia akan keluarkan sebum atau dikenali sebagai minyak kulit dan mengaktifkan lagi minyak kat kulit wajah dan menjadikan wajah lebih berminyak dengan pengaruh dari hormon androgen.

Sebab itu ramai di kalangan perempuan masa usia remaja dan awal dewasa ni kerap mengalami masalah jerawat.

Walaupun penghasilan sebum ni banyak masa usia remaja, lama-kelamaan penghasilan sebum ni akan berkurangan bila meningkat dewasa.

7 PUNCA JERAWAT TUMBUH

KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Kebersihan muka yang tak dijaga dengan baik juga boleh menyebabkan jerawat. Ini kerana pencemaran seperti asap debu dan kotoran persekitaran yang melekat kat kulit muka boleh menyekat pori-pori dan lama-kelamaan akan menjadi jerawat.

Cuci muka dengan tidak bersih atau bukan dengan cara yang tepat juga boleh menyebabkan timbulnya jerawat kat muka, tu tak termasuk lagi kalau jarang-jarang sangat cuci muka.

Kain tuala untuk lap badan juga tak boleh digunakan untuk lap muka kerana sel-sel kulit mati yang ada kt tuala tu boleh menyekat pori-pori muka kita.

7 PUNCA JERAWAT TUMBUH

GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

Antara punca lain jerawat boleh tumbuh di muka adalah kerana amalkan gaya hidup yang tak sihat. Kurang minuman air mineral, selalu makan makanan yang tak sihat dan kesan dari banyak merokok juga boleh tingkatkan risiko tumbuh jerawat di muka.

Penyakit-penyakit kronik juga boleh menjadi punca tumbuhnya jerawat kerana kesihatan tubuh badan sememangnya ada kaitan dengan masalah kecantikan kulit kerana ia boleh memberi kesan buruk kat tubuh terutamanya muka.

7 PUNCA JERAWAT TUMBUH

PEMAKANAN

Jerawat muka juga boleh disebabkan oleh makanan yang kita makan. Makanan yang berlemak atau makanan yang kurang sihat boleh menghasilkan sebum secara berlebihan.

Punca dari pemakanan yang paling umum adalah makanan yang berminyak. Makanan seperti inilah yang selalu buatkan muka tumbuhnya jerawat. Sebaiknya, elakkanlah makanan yang berminyak atau setidak-tidaknya kurangkan makanan yang berminyak.

Walaupun makanan yang berkhasiat seperti sayur itu elok untuk kita makan tetapi kalau dah dimasak dengan minyak apatah lagi secara berlebihan, ia tetap juga tidak elok untuk kesihatan kulit muka.

7 PUNCA JERAWAT TUMBUH

MAKE UP BERLEBIHAN

Untuk sebahagian besar wanita, make up sudah menjadi satu keperluan untuk digunakan setiap hari. Penggunaan make up memang tiada masalah tetapi yang masalahnya jika digunakan secara berlebihan, kemudian setelah digunakan tidak dibersihkan dengan baik. Ini akan menyebabkan pori-pori tersumbat dengan bekas make up yang tertinggal kat kulit muka.

Ada juga produk make up yang tak sesuai dengan jenis kulit muka. Sebab tu, bila nak gunakan produk pada kulit muka sebaiknya kenal dulu jenis kulit kita supaya tiada kesilapan dalam pemilihan produk make up nanti.

7 PUNCA JERAWAT TUMBUH

JENIS KULIT

Hampir setiap orang pasti pernah tumbuh jerawat di mukanya tetapi ada diantara mereka yang sememangnya lebih berpotensi untuk tumbuhi jerawat yang lebih banyak di sekitar muka berbanding yang lain kerana faktor dari jenis kulit mereka sendiri.

Untuk mereka yang jenis kulit berminyak, penghasilan minyak kulit atau sebum secara berlebihan boleh memberi kesan yang buruk untuk muka kerana debu dan kotoran akan lebih mudah melekat kat muka. Bila kulit terlalu berminyak, muka akan cepat kotor dan pori-pori akan senang tersumbat dengan kotoran tu.

Jadi, kalau mereka yang miliki kulit berminyak sebaiknya sediakan kertas minyak yang boleh menyerap minyak berlebihan supaya muka tak mudah untuk tumbuh jerawat.

Usia remaja sememangnya zaman usia yang agak mencabar. Dalam usia seputik jagung, akan ada kelompok yang berlagak “Hot”, maka kelompok yang segelintir ni akan jadi bahan topik untuk dipersendakan.

Aduh...perit dan pedih kalau jadi topik untuk dibahan dan dihina ni tetapi itulah yang terjadi kepada insan yang bernama Ummu Zafrah. Betapa teruk dirinya dihina, namun, si empunya diri mempunyai jiwa yang utuh.

Ikuti kisah beliau,

Disebabkan kulitnya yang gelap dan berjerawat. Ummu Zafrah sering dibuli dan trademark yang digelarkan padanya ialah “Budak Busuk” dalam dia melewati usia remaja seperti kebanyakan remaja yang lain di zaman persekolahan. Bayangkan, setiap kali kelibatnya kelihatan, panggilan itu turut berkumandang. Pedihnya, "Budak Busuk" itulah penghinaan yang paling dalam pada seorang gadis remaja.

Namun, zaman bersilih, Ummu Zafrah juga turut berubah. Jika hari ini, semua orang yang pernah bersua muka dengan Ummu Zafrah pasti tidak akan tahu kisah beliau yang tersimpan ujian dan dugaan yang berat sebelum bergelar seorang Make-Up Artis Terkenal di Negeri Sembilan. Malah kini, beliau memegang jawatan penting di dalam Persatuan  Make-Up Artis Negeri Sembilan.

Persatuan Make-up Artis (MUA), Negeri Sembilan.

Persatuan Make-up Artis (MUA), Negeri Sembilan.

Bagaimana Ummu Zafrah bermula bangkit dan keluar dari kepompong?

Dengan berbekalkan azam yang kuat, Ummu Zafrah cuba berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dengan menjual burger tepi jalan, berniaga di pasar malam, Ummu Zafrah mula mengumpul duit untuk memajukan dirinya. Tapi kenangan dikecam dan dibuli kerana paras rupanya dan diejek-ejek membakar semangatnya untuk membuktikan pada masyarakat diluar sana yang dia boleh berjaya.

Ummu Zafrah mengambil masa selama 2 tahun untuk ubah minda daripada seorang wanita yang sedih kepada seorang yang lebih positif! Rentetan peristiwa hitam menjadi mangsa buli, membuat Ummu membina sendiri jati diri dan kumpul ilmu pengetahuan walaupun tanpa segulung ijazah atau segenggam sijil diploma.

Ummu tahu yang wanita fitrahnya memang mahu kelihatan cantik, lalu Ummu mula belajar teknik-teknik make-up untuk kelihatan cantik. Ummu berguru dengan ramai guru-guru  make-up artis dan mula mendapat kepercayaan dari pelanggan dan mendapat banyak tempahan dari personaliti-personaliti terkenal kerana sentuhan make-upnya ada kelas, unik dan natural. Antara tugasan yang Ummu Zafrah telah lakukan ialah jemputan untuk make-up personaliti Nona, Majalah Cosmopolitan dan  banyak lagi.

Ye benar, dulu di keji dan di caci, sekarang di puji dan di cari!

Ketika Ummu Zafrah ditanya kenapa dia memilih produk dari Herlysa Vegan, beliau berkata, pengalaman membuat beliau sangat teliti ketika memilih sesuatu produk. Disebabkan ramai pelanggan Ummu Zafrah menaruh kepercayaan pada beliau, Ummu  akan mencuba dahulu semua produk-produk ke atas dirinya sendiri. Kata Ummu, produk Herlysa yang bersumberkan dari “Buah Tin” lain dari produk-produk yang Ummu pernah cuba. Double Serumnya mempunyai tekstur yang sangat halus, ringan dan tidak melekit, manakala Hydrating Mist pula membuat make-up tahan lebih lama.
Double Serum Dari Buah Tin

Double Serum Dari Buah Tin

Ini Amalan dan Pesanan Ummu Zafrah…

Ujar Ummu , “ Saya kongsikan kali ini, surah Al Anfal, ayat 53 di dalam Al-Quran yang bermaksud ”:

ALLAH tidak mengubah keadaan manusia kecuali dengan sebab mereka mengubah perbuatan mereka sendiri.

Kata Ummu Zafrah lagi, seseorang wanita itu akan lebih cantik jika mereka mengamalkan sifat-sifat yang mulia, seperti tidak putus asa, tidak berdendam dan gigih. Ini kerana kecantikan dalaman dan luaran itu seiring. Lebihkan istiqamah dalam menjaga maruah, keperibadian, personaliti dan gaya hidup.  Apabila kedua-duanya terjaga, maka terserlahlah kecantikan seseorang itu!

 

Adakah anda tahu apa itu  AHA? Ramai diantara kita terdedah kepada banyak lambakan produk di pasaran yang mempunyai kandungan AHA,  tetapi  sebahagian besar  pengguna  tidak tahu apa maksudnya.

AHA adalah singkatan dari Alpha Hydroxy Acids.  AHA merujuk kepada satu kelas sebatian kimia yang terdiri daripada carboxylic acid yang digantikan dengan kumpulan hydroxyl. Sumber AHA mungkin dari  semulajadi atau sintetik. Contoh dari sumber semulajadi adalah dari  sayur-sayuran dan buah-buahan seperti apple, anggur, tebu, buah tin (figs) dan buah-buahan yang berasid/citrus seperti limau, lemon dan grapefruit.

Apa itu AHA?

Untuk pengetahuan semua, sumber AHA untuk produk Herlysa adalah dari sumber semulajadi dan kandungan AHA didalam semua produk adalah < 2%.

Diantara manfaat AHA ialah:
  • Menyamarkan kesan garis-garis halus dan kedut diwajah.
  • Mengurangkan pembesaran pori-pori.
  • Membantu mengatasi masalah pigmentasi dan jeragat.
  • Menyamarkan kesan bintik-bintik hitam diwajah akibat usia.
  • Membantu proses pengelupasan kulit secara lembut.
  • Menganjalkan kulit wajah.
  • Mengurangkan luka- luka bekas jerawat.

Cara AHA berkerja  adalah dengan menanggalkan sel-sel kulit mati dan menggantikan dengan sel-sel baru yang lebih sihat yang sebelumnya tersembunyi di lapisan bawah kulit wajah.

Jadi, tidak hairanlah mengapa  AHA menjadi salah satu bahan ‘ favourite ’ didalam kebanyakkan  produk-produk kecantikan kulit untuk para wanita.

Untuk para wanita yang  mengalami hiperpigmentasi atau bintik hitam, anda disarankan untuk menggunakan produk yang mengandung AHA didalam kandungan 1% ke 3% untuk  membantu mendapatkan  kulit wajah yang cerah dan berseri.

Produk kecantikan kulit dengan kandungan AHA lebih dari 10% perlu mendapat khidmat nasihat dari doktor untuk mencegah penggunaan berlebihan dan efek sampingan.

  Kesan Sampingan  AHA

Dengan menggunakan produk pemutih kulit mengandung bahan AHA yang tinggi ( contohnya lebih dari 10% ), kemungkinan anda akan mengalami keradangan,  iritasi kulit dan kulit anda akan menjadi  lebih sensitif terhadap sinar matahari.

Langkah-langkah untuk menghindari kesan sampingan tersebut, antara lain adalah:
  • Pemilihan produk dengan kandungan konsentrasi AHA yang rendah sebelum memulakan dengan yang lebih tinggi. Gunakan produk dengan kandungan diantara 1% - 3%.  Jika anda ingin menggunakan AHA lebih dari 10%,  pastikan pemakaian di bawah pengawasan doktor kulit.
  • Menggunakan produk yang mengandungi tabir suria SPF35+  setiap hari  kerana  selama menggunakan produk berbahan AHA, kulit menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

Anda pernah mengalami situasi make-up yang tebal, tetapi wajah masih kusam? Atau dah guna pelbagai moisturizer sebelum make-up tapi kulit wajah tetap kering? Jangan risau, Herlysa Cooling Hydrating Mist ada jalan penyelesaiannya.

 
  1. Face Mist Herlysa : Face Mist Yang #1 Di Asia Menggunakan Estrak Dari Buah Tin.

Face mist yang pertama di Asia yang menggunakan ekstrak dari buah tin atau pun ficus carica. Buah tin yang kaya dengan flavonoids dan mineral dapat membantu mempercepatkan proses pencerahan kulit dengan selamat. Bagi yang bermasalah kulit tak sekata, warna tona kulit akan menjadi lebih sekata.

 
  1. Face Mist Herlysa : Mengandungi AHA Untuk Mengurangkan Hiperpigmentasi.

Ekstrak dari buah Tin mempunyai kandungan AHA (alpha hydroxy acids) yang dapat mengangkat sel kulit mati serta sel di kulit wajah yang mengalami hiperpigmentasi, tepatnya pada lapisan epidermis kulit bagian atas. Dengan mengelupasnya sel-sel kulit mati, maka kulit wajah akan mempercepat regenerasi sel-sel kulit  akibat jerawat sehingga kulit wajah akan kelihatan lebih cerah, kenyal, dan segar.

 
  1. Face Mist Herlysa : Rahsia Make-Up Tahan Lebih Lama.

Face Mist Herlysa sangat sesuai di spray selepas selesai mekap atau selesai berbedak atau selepas pakai foundation atau sunblok. Jika selepas berbedak, bedak akan tahan lama tanpa kelihatan bertapuk dan kulit akan kelihatan bersinar tapi bukan berminyak. Wajah akan kelihatan lebih berseri tanpa perlu touch-up berulang kali.

 
  1. Face Mist Herlysa : Menjadikan Wajah Terasa Segar, Terutamanya Selepas Make-Up.

Semburan mineral dengan campuran mineral kompleks dan ekstrak buah tin ini membantu menyeimbangkan ph kulit dan mengurangkan kesan dedahan kulit wajah pada pencemaran sekeliling dan sinaran UV. Ia memberikan kelembutan dan kebersihan pada kulit serta menambahkan kelembapan supaya wajah  terasa segar dan bersih sepanjang hari.

 
  1. Face Mist Herlysa : Sebagai Moisturizer Sebelum Bermake-Up.

Face Mist Herlysa juga mengandungi Aloe Vera, Vitamin E, Witch Hazel dan Glycerin yang dapat melembapkan kulit wajah dan berfungsi sebagai moisturizer. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit iaitu kulit kering, berminyak dan sensitive.

 
  1. Face Mist Herlysa : Sebagai Make-Up Fixing Spray.

Face Mist Herlysa sangat sesuai digunakan sebagai make-up fixing sray yang dapat mengelakkan make-up dari cair kerana ianya mengandungi menthol yang dapat mengawal pengeluaran sebum atau minyak, dan mengelakkan wajah dari kelihatan berminyak. Sebaliknya make-up fixing spray membantu make-up kelihatan natural dan matte.

 
  1. Face Mist Herlysa : Aromaterapi Untuk Menghilangkan Stress Dan Mengantuk.

Bau-bauan yang segar dan harum dari pati essential oil yang berkualiti tinggi dapat membantu mengurangkan stress dan rasa mengantuk. Dengan beberapa semburan Face Mist Herlysa pada wajah, rasa mengantuk berkurangan dan ianya dapat menaikkan keyakinan diri.

Membincangkan tentang tips-tips kecantikan wanita di Korea memang tidak akan pernah habis. Ramai yang mengatakan mereka cantik kerana pembedahan kosmetik. Ada pula yang mengatakan bahwa kemajuan teknologi membuat para wanita di Korea menjadi lebih cantik. Tapi yang pasti, menjadi cantik itu memerlukan usaha, kesabaran dan ketekunan.

Mari kita pelajari, tips-tips dan routine yang wajip dilakukan oleh wanita-wanita di Korea untuk mendapatkan kulit wajah yang mulus.

#1 Tips-tips Kecantikan Wanita Korea : Face Mist
Ph natural kulit kita adalah 5.5, jadi kita harus ingat untuk memakai  face mist  pada wajah.  Jika produk pembersih wajah membuat kulit terasa sangat kering dan tegang,  lebih baik segera semburkan wajah dengan face mist.  Mengapa? Sebab proses membersihkan wajah dapat mengacaukan kadar pH yang diperlukan oleh wajah. Face mist  berfungsi menyeimbangkan kadar pH dalam kulit wajah.

Cooling Hydrating Face Mist Herlysa sangat sesuai untuk kulit wajah kerana ianya mampu mengurangi blackheads, dan mengecilkan pori-pori. Lebih-lebih lagi formulanya yang menggunakan ekstrak dari  buah tin yang mengandungi banyak minerals, sangat sesuai untuk semua jenis kulit.  Bagi kulit wajah yang sering  berminyak, face mist  ini tidak membuat kulit terasa kering. Kulit akan terasa lembut, lembap, dan segar seperti menggunakan air yang dingin.

#2 Tips-tips Kecantikan Wanita Korea : Double Serum
Biasanya ramai wanita  jarang  menggunakan double serum,  sebab beranggapan bahwa wajah sudah cukup terhidrasi sehingga tidak memerlukan penggunaan double serum. Padahal, terdapat banyak vitamin penting di dalam double serum, sehingga ianya adalah langkah yang tidak  boleh dilupakan. Double serum juga membantu mempersiapkan wajah untuk lebih menyerap rangkaian produk perawatan yang akan digunakan setelahnya. Gunakan double serum yang mengandung  AHA, vitamin c  dan retinol yang merupakan anti penuaan, dan merangsang regenerasi sel kulit.

Complete Age Control Concentrate Double Serum Herlysa mempunyai formula yang mampu membuat kulit menjadi lebih cerah, bersinar, serta mengurangi tanda-tanda awal penuaan. Dalam masa 7 hari pemakaian double serum Herlysa, regenerasi kulit akan berlaku menyebabkan  kulit yang kusam akan kembali cerah, jerawat cepat kering, pori-pori mengecil dan kulit lebih anjal. Bagi yang mengalami masalah jeragat, double serum yang mengandungi  ekstrak buah tin ini dapat membantu memudarkan kesan jeragat.

#3 Tips-tips Kecantikan Wanita Korea : Moisturizer
Terakhir, aplikasikan pelembab, untuk mengunci semua vitamin yang diberikan pada wajah.  Revitalising Hydration Moisturizer  Herlysa   mampu membuat kulit terasa lembap lebih lama, walaupun  sudah menggunakan make up. Bagi pemilik kulit kombinasi dan berminyak, jangan risau kerana moisturizer Herlysa mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit dan membuat wajah kelihatan matte.  Disamping itu moisturizer Herlysa mengandungi SPF 35+ dan dapat melindungi wajah dari sinar  radiasi UVA dan UVB. Hydration Moisturizer Herlysa juga mengandungi AHA (alpha hydroxy acids) yang dapat mengelupas sel-sel kulit mati secara lembut dan mempercepatkan regenerasi sel-sel kulit di wajah akibat jerawat.

 

Saksikan video tentang wanita-wanita cantik di Korea.

Ramai yang beranggapan jerawat tumbuh di muka kerana ketidakseimbangan hormon atau akibat tidak menjaga kebersihan wajah. Ada juga yang membuat kesimpulan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit.

Namun, ketahuilah kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula daripada dalam. Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.

  1. Dahi

Sejurus anda dapat tahu ada jerawat di bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula.

  1. Zon-T

Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.

  1. Di Sekeliling Mata

Jika anda mulai merasakan jerawat yang timbul terletak di  kanan atau kiri mara, anda  wajib berhati-hati. Jerawat yang letaknya di sekeliling mata  menandakan  bahwa anda  memiliki gangguan ketidakseimbangan sistem buah pinggang.  Anda perlu mengurangkan  minum-minuman yang berkarbonat  atau yang terlalu manis dan perbanyakkan  minum air masak.

  1. Hidung

Jika terdapat jerawat pada hidung, itu petanda bahawa anda  memiliki masalah dengan tekanan darah. Selain itu, jerawat pada hidung muncul kerana  anda  kekurangan vitamin B.  Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah-buahan  serta sayuran.

  1. Pipi

Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Akan tetapi, jika anda  tidak merokok ataupun memiliki alergi terhadap makanan, ini bererti anda  memiliki kadar asid  yang terlalu tinggi di dalam badan. Perbanyakkan mengambil  makanan yang berserat dan bergizi seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

  1. Di Sekitar Bibir

Akibat dari munculnya jerawat pada sekitar bibir adalah kemungkinan anda  sedang mengalami perubahan hormon. Walaupun perubahan hormon merupakan hal yang terjadi secara alami dan tidak dapat dicegah, tapi anda  dapat menjalani gaya hidup yang sihat dengan bersenam agar mengubah proses perubahan hormon tersebut kembali normal.

  1. Dagu

Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian yang diambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.

Setiap kali berkunjung ke rumah saudara mara yang pulang dari haji atau umrah, kita pasti akan di hidangkan dengan buah tin. Di dalam bahasa Inggeris, buah tin disebut sebagai Fig.

Mungkin buah tin tak sepopular kurma, namun buah tin ini menyimpan seribu satu rahsia dan khasiat yang tersendiri.

 

1)Kelebihan Buah Tin : Buah Dari Syurga Yang Disebut Didalam Al-Quran.

Allah swt berfirman melalui Surah At Tin, ayat 1 - 3:

" Demi Buah Tin dan Buah Zaitun, demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman...".

 

2)Kelebihan Buah Tin : Mengandungi Pelbagai Zat Yang Diakui Rasullah saw.

Rasulullah saw pernah bersabda:

“ Makanlah kamu semua dan makan daripadanya (buah tin)”, sabda Rasullah saw lagi. Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun daripada syurga maka aku kata “ Inilah buahnya”.  Hal ini demikian kerana buah syurga tiada keraguan.  Maka, makanlah buah ini.  Sesungguhnya, buah tin boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi”.

 

3) Kelebihan Buah Tin :  Kaya Dengan Protin.

Buah tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah tin yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah tin kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah tin mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

 

4) Kelebihan Buah Tin :  Mengandungi Fitokimia Dan Antioksida.

Antara  fitokimia yang terdapat di dalam buah tin adalah polifenol, flavonoids, anthocyanin dan proanthocyanidins. Kajian menunjukkan sebatian polifenol  terbukti dapat menentang kanser, terletak banyak di dalam isi buah tin.

 

5) Kelebihan Buah Tin :  Membantu Mengurangi Kanser Prostate.

Menurut kajian para saintis, kandungan Coumarin pada buah tin dapat mengurangi risiko Kanser Prostate. Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.

 

6) Kelebihan Buah Tin :  Rawatan Untuk Insomnia.

Tryptophan, dalam buah tin dapat menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia. Tryptophan merupakan asam amino yang dapat menyebabkan seseorang merasa mengantuk. Anda boleh memakannya di waktu malam hari menjelang tidur asal jangan berlebihan.

 

7) Kelebihan Buah Tin :  Mampu mengatasi anemia (kekurangan darah).

Manfaat buah tin bagi anemia sangatlah luar biasa. Buah tin dipercayai mampu meningkatkan  pembentukan hemoglobin (HB)  didalam darah dan  mengatasi anemia.  Khasiat buah tin untuk penambah darah ini dapat muncul kerana kandungan zat besi yang cukup tinggi, dimana kandungan zat besi inilah yang menjadi bahan penting dalam pembentukan hemoglobin darah anda.

 

 

Sudah tak hairan lagi rasanya kalau face mist menjadi salah satu produk kecantikan kegemaran ramai masa kini, bahkan ianya sudah menjadi produk wajib bagi kebanyakan wanita. Kalau di lihat sekilas memang bentuknya seperti face mist biasa.
Mungkin ada yang bertanya “ Apa yang special spray-spray muka ni ? ”. Tunggu dulu, kerana manfaat face mist ini banyak sekali dan boleh digunakan lebih dari sekadar membasahi muka.
 

Apa itu Face Mist?

Face mist adalah sejenis air yang boleh menyegarkan kulit wajah ketika stress akibat pantulan sinaran matahari yang boleh membuatkan kulit wajah kelihatan kering, kusam, atau tidak bermaya. Face mist juga amat penting untuk kulit wajah kerana ia akan memberikan kesegaran pada wajah, menenangkan kulit di wajah, memberi nutrisi dengan cara melembapkan, memberikan kilauan serta boleh digunakan ketika muka terasa penat dan mengantuk.
Fungsi face mist adalah sama dengan toner, tetapi kebaikannya lebih berkesan berbanding toner. Kebaikannya jika menggunakan face mist ialah dapat menyeimbang pH kulit terutama selepas mencuci muka serta menghidrat kulit muka dengan melembapkannya.
 
Mari kita pelajari kegunaan face mist.
 

1. Menenangkan kulit setelah facial dan rawatan wajah.

Face mist memiliki kandungan seperti aloe vera, witch hazel, vitamin E dan menthol yang mampu menenangkan kulit. Banyak klinik dan dermatologist yang menggunakan face mist kepada pelanggan setelah melakukan rawatan wajah. Ini kerana kulit kemerahan, kulit yang terasa pedih atau gatal dapat di atasi dengan menggunakan face mist.
 

2. Face mist sebagai persediaan sebelum memakai krim siang.

Selepas mencuci wajah, baik jika wajah anda di sembur dengan face mist  kerana kulit akan menjadi lembap dan lebih mudah untuk mengaplikasikan krim siang. Krim siang lebih cepat meresap ke dalam kulit dan lebih rata sapuannya.
 

3. Mengurangkan ketebalan makeup.

Pernahkah anda merasakan saat-saat di mana makeup anda terlalu tebal? Niat awal ingin menggunakan makeup untuk acara istimewa, tetapi tanpa di sedari foundation anda terlalu tebal seolah-olah memakai topeng. Jangan risau kerana dengan semburan face mist,  anda boleh dengan cepat mengubah solekan menjadi lebih natural.
 

4. Sebagai penyegar makeup.

Sewaktu di pejabat, selepas waktu rehat makan tengahari, muka anda tentu kelihatan letih dan makeup pun mungkin mulai pudar. Di kenali sebagai “ stale makeup ”, banyak wanita yang mengaplikasikan makeup baru di atas makeup lama.
Cara ini tidak di galakkan kerana boleh  menyebabkan pori-pori tersumbat dan mengundang bakteria. Lebih baik jika anda menggunakan semburan face mist sebelum memakai make-up baru kerana ianya bertindak sebagai astringent dan mengurangkan bakteria dan dapat membuat wajah  anda terasa segar dan makeup anda lebih senang untuk di aplikasi.
 

5. Kekalkan kelembapan kulit.

Jangan lupa untuk sentiasa membawa sebotol face mist  di dalam beg tangan atau letakkan satu botol di meja di pejabat. Paling penting, jangan lupa bawa face mist ketika menaiki kapal terbang kerana face mist umpama air minuman.  Bila anda dahaga maka anda perlu minum air, jadi  begitu juga dengan kulit wajah di dalam kapal terbang yang mudah kering dan kusam akibat udara kering. Dengan beberapa semburan face mist, kulit wajah anda akan lebih lembap, segar dan berseri.
 
Bagaimana cara penggunaan face mist Al ' Vera Herlysa ini?
Caranya ialah hanya sembur pada wajah dengan jarak 5 inchi dari wajah. Selepas itu, perlu di tepuk-tepuk supaya ramuan-ramuan face mist Herlysa ini dapat meresap pada wajah. Biarkan face mist seketika di wajah dan jangan di lap.
Face mist ini juga boleh di gunakan sebelum bersolek atau selepas bersolek, supaya solekan pada wajah tidak luntur dan bertompok.
Ramuan-ramuan di dalam face mist Al ' Vera Herlysa mengandungi:
  • Organik Lavender Oil
  • Aloe Vera
  • Witch Hazel
  • Vit E
  • Glycerin
  • Menthol
  • Aqua
Untuk maklumat lanjut, sila ke fb Herlysa.
 
 
 
Penyakit psoriasis bukanlah penyakit kulit yang biasa, tetapi penyakit psoriasis sebenarnya bermula di bawah kulit.
Penyakit psoriasis boleh di kategori kepada 3 :
  • Artritis Psoriatik
  • Diabetes ( Type 2 )  
  • Kardiovaskular
 
Berita baik untuk mereka di luar sana yang menghidap penyakit psoriasis adalah  
terdapat pilihan rawatan yang boleh membantu anda hidup dengan baik dan mengurangkan kesakitan dan keradangan penyakit psoriasis.
Mari kita pelajari sebanyak boleh tentang penyakit psoriasis dan mempelajari maklumat yang berkaitan tentang psoriasis.
Jenis-jenis Penyakit Psoriasis:
  • Plaque Psoriasis
  • Guttate Psoriasis
  • Inverse Psoriasis
  • Pustular Psoriasis
  • Erythrodermic Psoriasis
 
Sebagai contoh, Erythrodermic Psoriasis merupakan  radang psoriasis yang muncul di permukaan badan, mempunyai ciri-ciri berkala, meluas di permukaan kulit dan kulit kelihatan kemerah-merahanan.
Erythrodermic Psoriasis
penyakit psoriasis
Erythrodermic Psoriasis
Inverse Psoriasis pula terdapat di ketiak, di pangkal paha, di bawah dada, pada pelipat-pelipat kulit di kemaluan dan punggung. Ianya kelihatan seperti luka terang merah yang licin dan berkilat.
Inverse Psoriasis
 
inverse psoriasis
Inverse Psoriasis
 
 
Punca-punca Penyakit Psoriasis
 
Punca sebenar penyakit psoriasis tidak difahami sepenuhnya, tetapi saintis percaya penyakit psoriasis berpunca  daripada beberapa faktor, termasuk genetik, faktor alam persekitaran  dan sistem imun badan.
1. Genetik
Jika anda mempunyai penyakit psoriasis, ada kemungkinan bahawa seseorang dalam keluarga anda mungkin mempunyai penyakit ini juga. Ini kerana menurut kajian, ada pautan genetik untuk penyakit psoriasis.  Menurut kajian, salah satu daripada 3 orang yang berpenyakit psoriasis mempunyai ahli keluarga yang berpenyakit psoriasis.
2.   Alam Persekitaran
 
Faktor persekitaran juga boleh mencetuskan gen psoriasis, menyebabkan penyakit ini menjadi aktif.
Beberapa penyebab gejala penyakit psoriasis adalah :
  • Tekanan atau stress
  • Jangkitan penyakit kulit (luka, seriawan, gigitan pepijat, sunburn yang teruk)
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu  (termasuk litium, antimalarials, quinidine, indomethacin)
 
3.  Sistem Imun
 
Apabila anda mempunyai penyakit psoriasis, sistem imun anda adalah terlalu aktif. Ini mewujudkan keradangan dalam badan, yang merupakan punca gejala-gejala psoriasis. Sel-sel sihat dihasilkan  terlebih jumlah  daripada yang biasa dan akan cepat merebak keluar di permukaan kulit. Selalunya, sel-sel kulit mengambil masa kira-kira sebulan untuk kitaran, tetapi dengan psoriasis, ia mengambil masa  beberapa hari. Tompok merah yang anda lihat pada kulit anda (dikenali sebagai plak) sebenarnya adalah penghasilan  sel-sel kulit yang berlebihan yang di kenali sebagai psoriasis.
 Adakah  Psoriasis  Berjangkit ?
 
Anda tidak perlu risau, kerana penyakit psoriasis tidak berjangkit.  Psoriasis adalah penyakit sistem imun, dan bukan sesuatu penyakit  yang mudah berjangkit. Jumpa dan bincang dengan doktor anda jika anda mempunyai penyakit psoriasis. Ini kerana setiap penyakit psoriasis adalah berbeza dan memerlukan rawatan yang berbeza. Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.
Penyakit psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya.  
Rawatan dan sokongan
Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda penyakit psoriasis. 
Penyakit psoriasis dapat mempengaruhi seseorang secara psikologis. Jika anda merasa bahwa penyakit ini menjadi beban yang sangat berat dan mempengaruhi kegiatan sehari-hari anda bersama keluarga dan teman-teman, anda perlu bertemu dengan pakar psikologi  untuk membantu mengatasi kondisi emosional tersebut.
Pesakit-pesakit psoriasis juga boleh mendapat bantuan sokongan daripada Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan (PASFT).  Anda boleh  telefon 03- 8948-4335 atau e-mel: [email protected]com 
Anda juga boleh berkunjung ke PASFT di alamat berikut:
Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan (PASFT)
No 1, Jalan 14/2C,
Taman Serdang Utama, Sri Kembangan,
43300 Selangor.
Terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat memang akan membuatkan kulit wajah anda kurang bermaya dan badan terasa penat, letih dan lenguh-lenguh  bukan? Anda tentu teringin untuk de-stress dan memanjakan tubuh anda.  Salah satu cara untuk de-stress ialah dengan  proses  detox dan  cara yang paling mudah adalah melalui mandian detox. Apa kata anda cuba buat mandian detox untuk badan anda? Selain memanjakan badan anda, muka pun akan naik seri dan kemerah-merahan.
Di sini kami dari Herlysa Vegan ingin berkongsi 3 jenis mandian detox yang boleh anda cuba di rumah. Mandian detox ini sangat berkesan untuk membuang toksin dari tubuh dan sungguh menyamankan.
Herlysa Vegan mencadangkan mandian detox di buat selama 40 minit untuk hasil yang memuaskan. 20 minit yang pertama akan memberi peluang untuk badan membuang toksin, manakala 20 minit selepas itu akan membuatkan minyak essential oils menyerap ke kulit anda dan memberi kesegaran kepada tubuh. Paling baik, gunakan air panas untuk mandian detox rendaman.
 
Mari kita cuba...
1. Mandian Detox Lavender
Mandian Detox Herlysa Vegan Lavender
Mandian Detox Lavender
 
2 Cawan Epsom Salt *       10 Titik Lavender Essential Oils
2 Cawan Baking Soda*       1 Cawan Cuka Makan 2 Cawan Garam Kasar* Cara-cara mandian detox: 1. Sediakan baldi besar dan penuhkan ¾ dengan air paip. 2. Masukkan semua barang-barang kering*  dan kacau. 3. Masukkan cuka dan kemudian curahkan air panas 1 cerek kecil. 4. Titikkan 10 titik lavender essential oil. 5. Rasa kepanasan air mandian dengan tapak tangan. 6. Curahkan ke dalam bath tub dan rendamkan badan anda selama 40 minit.
Minyak lavender mempunyai khasiat untuk mengurangkan stress dan tekanan. Boleh di cuba untuk masalah insomnia dan mereka yang mempunyai sakit kulit eczema.
Sebaik-baiknya lakukan mandian detox ini setiap 2 minggu.
2. Mandian Detox Halia

Mandian Detox Herlysa Vegan Halia
Mandian Detox Halia
 
2 Cawan Epsom Salt*       1 Cawan Halia ( atau 1 senduk serbuk halia) 2 Cawan Baking Soda*     10 Titik Lemon Essential Oils 2 Cawan Garam Kasar*
Cara-cara mandian detox:  1. Sediakan baldi besar dan penuhkan ¾ dengan air paip. 2. Masukkan semua barang-barang kering* dan kacau. 3. Masukkan  halia  dan kemudian curahkan air panas 1 cerek kecil. 4. Titikkan 10 titik lemon essential oil. 5. Rasa  kepanasan air mandian dengan tapak tangan. 6. Curahkan ke dalam bath tub dan rendamkan badan anda selama 40 minit.
Halia  mempunyai khasiat untuk memanaskan badan dan membuang angin dari badan. Mandian ini sangat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang yang mempunyai masalah lenguh-lenguh badan.  
Sebaik-baiknya lakukan mandian detox ini setiap 2 minggu.
3. Mandian Detox Teh Hijau
Mandian Detox Herlysa Vegan Teh Hijau
Mandian Detox Teh Hijau
2 Cawan Epsom Salt*        1 Cawan Bentonite Clay*
2 Cawan Baking Soda*       10 Titik Eucalyptus Oils
2 Cawan Garam Kasar*       1 Cawan Teh Hijau Pekat
Cara-cara mandian detox:
1.    Sediakan baldi besar dan penuhkan ¾ dengan air paip.
2.    Masukkan semua barang-barang kering *  dan kacau.
3.    Masukkan  Teh Hijau  dan kemudian curahkan air panas 1 cerek kecil.
4.    Titikkan 10 titik eucalyptus essential oil.
5.    Rasa  kepanasan air mandian dengan tapak tangan.
6.    Curahkan ke dalam bath tub dan rendamkan badan anda selama 40 minit.
Teh hijau adalah anti-oksidan dan anti-radang yang baik. Gabungan campuran teh
hijau dan bentonite clay dapat membantu merawat masalah kulit gatal, kulat dan
fungal. Juga amat sesuai bagi mereka yang mempunyai bau badan yang kuat.  
Sebaik-baiknya lakukan mandian detox ini setiap 2 minggu.
 
Siapa yang tak nak nampak muda sentiasa bukan? Jadi, Herlysa Vegan ingin kongsikan rahsia kekal muda biarpun sudah mencecah usia 40 tahun.
Seperti yang diketahui, usia 40 adalah momen yang paling mencabar buat kebanyakan wanita dimana anda sibuk dengan perihal rumah tangga, kerjaya dan juga seorang ibu. Stres bukan sahaja menggalakkan kemunculan cela seperti jerawat, malah memberi kesan terhadap keadaan keseluruhan kulit. Ia mencetuskan penghasilan minyak secara berlebihan pada kelenjar kulit yang menyebabkan pertumbuhan cela selain jeragat dan bintik hitam. 
 
Oleh itu kulit wajah memerlukan sumber collagen untuk menghasilkan  asid amino seperti prolin, glysin dan lysine. Sumber-sumber collagen semulajadi dapat membantu menjaga kelembapan kulit dan membuat kulit menjadi tegang dan berseri. Ikuti langkah-langkah ini untuk mengetahui rahsia kekal muda.
 

Fungsi Collagen Untuk Wajah

Proses peningkatan umur adalah proses semula jadi dan semakin meningkat umur kulit wajah akan menampilkan garis-garis halus dan kedutan. Collagen adalah salah satu protein yang paling penting yang membuatkan kulit kita anjal, lembut dan muda.
Dengan peningkatan usia, pengeluaran collagen dari badan kita berkurangan, maka kulit wajah akan menghasilkan kedutan dan garis-garis halus. Oleh itu collagen tambahan adalah benar-benar memberi manfaat kepada kulit kita kerana ia membantu mengurangkan kedutan, garis-garis halus, menegangkan kulit dan juga meningkatkan keanjalan kulit.
 
Di bawah ini di senaraikan 6 jenis makanan terbaik yang mengandungi sumber protein collagen untuk rahsia kekal muda.
6 Jenis Sumber Makanan Terbaik Yang Mengandungi Protein Collagen
1.    Kobis
 
Kobis mengandungi anti-oksida seperti  lutenin, thiocyanates, zeaxanthin, isothiocynates dan  sulforaphane yang dapat membantu  menegangkan kulit dan mengekal keanjalan kulit. 
Rahsia Kekal Muda Cabbage Kobis
 
Kobis juga mengandungi sumber serat, vitamin B6 dan folate yang dapat menghasilkan zat besi,  magnesium dan  phosphorous yang dapat  membantu mengawal tekanan darah tinggi.

 

2.   Produk Soya

Pemakanan dari sumber kacang soya dapat membuat kulit bercahaya glowing kerana soya mengandungi  genistelin, iaitu sejenis hormon dari tumbuh-tumbuhan yang sangat baik untuk merawat masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.
 
Rahsia Kekal Muda Soya

3.  Buah-buahan

 
Buah-buahan seperti epal, oren, ceri, strawberi dan sayur-sayuran merah seperti beets, lada benggala merah, kentang merah adalah makanan yang sangat baik untuk meningkatkan collagen. Kehadiran antioksidan seperti lycopenes dalam buah-buahan dan sayur-sayuran merah meningkatkan pengeluaran collagen. Lycopense mencegah kerosakan DNA dalam sel-sel dan membantu sel-sel kulit  berfungsi dengan lebih baik.
 
Rahsia Kekal Muda Kranberi Cranberry
 

4.   Buah Zaitun

Rahsia Kekal Muda Buah Tin Figs
 
 
Pengambilan buah zaitun hitam atau hijau dalam diet anda adalah salah satu amalan yang terbaik untuk mempunyai kulit yang sihat. Buah zaitun sangat kaya dengan sulfur yang menggalakkan pembentukan kolagen. Sulphur telah digunakan pada zaman purba untuk merawat masalah kulit seperti dermatitis. Ia juga dapat membantu mengurangkan kulit dari berminyak berlebihan dan mengecilkan pori-pori kulit wajah. 
 

5.   Avokado

 
Rahsia Kekal Muda Avocado
Avokado kaya dengan khasiat Vitamin E yang dapat melindungi kulit kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan pengoksidaan. Ia adalah salah satu sumber dari Omega 3 yang sangat sesuai untuk pemakanan yang menjadi rahsia kekal muda.
 

6.   Flaxseed

 
Flaxseed mengandungi Omega 3 yang dapat meningkatkan imuniti kulit  anda dan adalah anti-radang semula jadi. Ianya dikenali sebagai protein collagen yang penting kerana kulit anda tidak boleh menyah toksik dengan sendiri dan perlu bergantung kepada sumber makanan luar seperti flaxseed.
 
Menurut kajian-kajian tersohor, pesakit penyakit kulit psoriasis adalah berpunya dari keradangan yang kronik. Oleh itu pengambilan flaxseed yang kaya dengan Omega 3 sangat membantu dalam mengurangkan keradangan sakit kulit psoriasis.
 
Rahsia Kekal Muda flax seed
 
 
 
 
Anda selalu dengar orang bercakap tentang anti-oksida, tetapi tahukah anda apakah itu anti-oksida? Anti-oksida adalah agen yang paling kuat untuk melawan kulit muka kita dari radikal bebas. Kulit muka yang terdedah dengan pencemaran udara, asap rokok, stress dan pengambilan ubat-ubatan menjadikan kulit muka menjadi kusam dan berkedut.
Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dan E kerana Vitamin C dan Vitamin E adalah agen-agen anti-oksida yang baik. 
Apa Itu Anti-Oksida?
Apa Itu Anti-Oksida?
 

Vitamin C

Contohnya pengambilan Vitamin C dari buah-buahan seperti lemon, oren dan jambu batu dapat membantu mengembalikan keanjalan kulit muka, membersihkan kulit dari berjerawat dan membantu kulit menjadi lebih berseri dan cerah.
Pengambilan Vitamin C adalah bergantung kepada umur seperti di dalam carta di bawah:
Carta pengambilan Vitamin C bergantung kepada umur :
Bayi  6 bulan
 40mg
Bayi dari  7 - 8  bulan
50 mg
Kanak-kanak  1 - 3 tahun
 15 mg
Kanak-kanak  4 -  8  tahun
25 mg
Kanak-kanak  9 – 13 tahun
 45 mg
Remaja  14 - 18 tahun (lelaki)
 75 mg
Remaja 14 - 18 tahun (perempuan)
65 mg
Lelaki dewasa
 90mg
Wanita dewasa
 75 mg
Ibu mengandung
 85 mg
Ibu yang menyusu anak
 120 mg
 

Vitamin E

 
Apa Itu Anti-Oksida?
Sumber Vitamin E pula boleh di dapati dari sayur-sayuran seperti  brokoli, kobis dan kobis bunga. Selain daripada sayur-sayuran, salah satu sumber Vitamin E yang terbaik ialah Tocopheryl Acetate.
 
Tocopheryl Acetate di ekstrak dari minyak sayuran dan dapat melembapkan kulit, melindungi kulit dari kerosakan sinar ultraviolet dan meratakan warna kulit tidak sekata.   
 
 
Apa Itu Anti-Oksida?

Manfaat Glutathione Untuk Kulit Wajah

Selain dari Vitamin C dan Vitamin E, Glutathione juga berperanan baik sebagai antioksidan. Glutathione ini merupakan salah satu antioksidan terbaik kerana di dalam Glutathione ini terdapat 3 jenis asid amino iaitu  cycteine, glutamate, dan juga glysine. Zat ini sangat diperlukan oleh kulit muka kerana tanpa Glutathione, antioksidan lainnya seperti Vitamin C dan E tidak akan mampu bekerja secara optimal.
Tanpa peranan Glutathione, kulit muka tidak akan dapat menghasilkan antibodi yang kuat untuk melawan infeksi, bakteria dan virus yang membahayakan kulit wajah. Ini kerana gabungan Vitamin C, E dan Glutathione dapat membantu kulit menjadi kenyal, mencerahkan kulit dan memudarkan kedutan pada kulit wajah.
Glutathione biasanya tersedia dalam bentuk sabun, krim, lotion dan pil (supplement). Glutathione secara ilmiah terbukti dapat mencegah produksi melanin yang dapat menyebabkan kulit lebih gelap. Penelitian menunjukkan bahwa glutathione yang berbentuk sabun atau krim lebih efektif dibandingkan yang berbentuk pil, karena glutathione yang berbentuk pil tidak dapat diserap secara maksimal oleh tubuh. 
Oleh karena itu, penggunaan glutathione dengan tujuan untuk mencerahkan kulit sebaik-baiknya menggunakan sabun atau krim yang diterapkan secara langsung pada kulit.
 
Setelah mengamalkan cara penjagaan kulit muka dengan betul, anda boleh menggunakan beberapa cara rawatan dan petua tradisional di bawah untuk mengembalikan kecantikan wajah anda. Dan sudah pasti, melicinkan kulit muka anda secara total.
1. Cuci Muka Dengan Kunyit
 
Petua Tradisional Untuk Awet Muda
 
 
Anda boleh menggunakan kunyit untuk merawat kulit muka anda. Tidak percaya? Cara-caranya adalah seperti berikut:
  • Campurkan satu sudu yogurt (yang biasa) dan satu sudu serbuk kunyit.
  • Gaulkannya sehingga menjadi satu pes.
  • Sapukan pada muka anda, pastikan tidak terkena mata.
  • Biarkan selama 20 minit.
  • Kemudian bilas dengan air
Namun, beberapa perkara anda perlu ambil perhatian jika berminat untuk mencuba cara ni:
  • Anda tidak digalakkan untuk mencuba kaedah ini dengan kerap sekiranya anda mempunyai kulit yang cerah. Hal ini kerana kunyit boleh meninggalkan kesan warna pada kulit.
  • Bilas mask  tersebut dengan air yang bersih sahaja, jangan menggunakan sabun kerana ia boleh menanggalkan bakteria baik yang ada pada yogurt tersebut.
  • Kunyit juga boleh meninggalkan kesan warna pada kain dan baju. Jadi berhati-hati jika tidak mahu pakaian anda kotor.
 
2. Bersihkan Kulit dengan Cuka Epal
 
Petua Tradisional Untuk Awet Muda
 
 
Dapatkan satu botol cuka epal dan tuangkannya sedikit lebih kurang 1 sudu teh yang di campur bersama 2 sudu besar air ke atas kapas muka. Sapukannya pada permukaan kulit yang berkenaan dan biarkannya selama 2 minit sebelum membilasnya.
Untuk bilasan, digalakkan untuk menggunakan air yang bersih sahaja tanpa sabun. Hal ini kerana sabun boleh menanggalkan bakteria semula jadi yang ada dalam cuka tersebut.
Cuka epal akan memberikan bau yang kurang enak semasa penyapuan, namun akan hilang sebaik sahaja ia kering.
3. Guna Madu
 
Petua Tradisional Untuk Awet Muda
 
Ini adalah salah satu cara yang popular, kerana ia mudah untuk didapati, murah dan senang. Madu secara semulajadi mempunyai banyak khasiat.  Berikut adalah langkah-langkah untuk melicinkan kulit muka dengan menggunakan madu:
  • Campurkan madu dan yogurt sehingga ia sebati. Kuantiti adalah mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.
  • Sapukannya pada permukaan muka dan biarkannya selama 20 minit.
  • Bilas dengan air yang bersih.
 
Amalkan kaedah ini setiap hari, nescaya anda akan mendapati perubahan dalam masa 1-2 minggu. Madu tidak mempunyai sebarang kemudaratan, jadi jangan risau.
4. Guna Tomato
 
Petua Tradisional Untuk Awet Muda
 
Tomato mengandungi banyak khasiat yang boleh mengembalikan dan pengekalkan kesihatan kulit dan melicinkan kulit muka.
Cara-caranya adalah:
  • Tumbuk separuh tomato sehingga menjadi pes.
  • Sapukan pada permukaan kulit secara sekata.
  • Biarkannya selama 10-20 minit.
  • Bilas dengan air yang bersih .
  • Lap muka anda dengan perlahan-lahan.
 
 
Selamat mencuba.
1. Lemon Dan Putih Telur
 
 
 
Lemon terbukti dapat mencerahkan kulit secara semula jadi. Hiris buah lemon dan perah jusnya ke dalam sebuah mangkuk. Campurkan putih telur serta gaul rata. Gunakan berus untuk menyapu campuran tersebut ke seluruh bahagian badan. Biarkan ia mengering selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.
 
 
2. Badam
Cara Cerahkan Kulit Secara Semula Jadi
 
Pada sebelah malam pula,  campurkan empat  biji badam bersama susu  dan tumbuk badam  sehingga menjadi pes. Sapukan campuran ini pada bahagian wajah dan leher. Biarkan ia semalaman. Bilas dengan air sejuk pada esok paginya. Amalkan rejim ini selama dua minggu untuk hasil yang memuaskan.
  
3. Chamomile
Cara Cerahkan Kulit Secara Semula Jadi
Chamomile sememangnya berkhasiat dalam mencerahkan kulit. Ia juga baik untuk mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencelup uncang teh chamomile ke dalam air panas dan biarkan ia sejuk. Letakkan uncang teh tersebut ke atas kedua-dua belah mata anda. Amalkannya sekali dalam dua minggu untuk hasil yang lebih menakjubkan.
4. Oatmeal
Cara Cerahkan Kulit Secara Semula Jadi
Oatmeal  dapat membantu mencerahkan wajah, juga memiliki kandungan anti-inflamasi yang sangat baik untuk kulit sensitif atau berjerawat. Manakala susu sendiri memang sudah terkenal memiliki banyak manfaat, baik untuk kulit maupun kesehatan. Salah satu khasiat susu adalah membantu memberikan kulit yang lebih cerah dan halus. Campuran bersama madu juga baik untuk kulit muka kerana dapat membersihkan kulit hingga lapisan paling dalam.  Madu juga memiliki kandungan antioksidan yang baik untuk kulit. 
Caranya :
  • Dua sudu besar makan oatmeal
  • Satu sudu teh madu
  • 1/4 gelas susu hangat
Campur seluruh bahan yang sudah disiapkan tadi dan langsung diratakan  pada wajah. Diamkan masker selama 10 minit  lalu bilas menggunakan air hangat. Kulit akan  terasa halus dan juga cerah setelah menggunakan masker ini.
Selamat mencuba....
Krim pelembap muka direka khas untuk melindugi muka daripada bahan-bahan yang boleh  sepanjang hari. Manakala krim mata anda pula direka khas untuk menjadikan kulit sekitar mata lebih tebal.
Kedua-dua krim pelembap muka dan krim mata adalah berasaskan kepada air, agar ia tidak menyumbatkan liang pora. Berbeza dengan losyen bada, yang mana ada juga produk yang berasaskan kepada minyak.
Namun, apa yang menyedihkan adalah ramai orang tidak tahu cara menyapu krim pelembap dengan betul, sehingga gagal mendapat hasil yang diingini.

1. Tahu Manfaat Krim Pelembap Muka

Pertama sekali, adalah baik sekiranya anda mengetahui apakah manfaat penggunaan krim pelembap muka. Secara umum, krim pelembap muka boleh mengurangkan perbentukan kedutan dan garis-garis pada muka.
Ia juga melindungi kulit anda daripada pelbagai jenis kesan perubahan cuaca, seperti angin dan haba. Dan akhir sekali adalah; krim pelembap boleh meningkatkan kadar air dalam kulit anda agar mengekalkan kadar kelembapan dan hidrat.
Kebanyakan krim pelembap muka (namun bukan semua) disertakan dengan SPF.

2. Basuh Muka Sebelum Menyapu Krim Pelembap

Cara Menyapu Krim Pelembap Dengan Tepat
 
Sebelum menyapu krim pelembap, anda dinasihati agar membasuh muka terlebih dahulu. Rutin terbaik adalah anda mencuci muka dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi, dan sebelum masuk tidur.
Sapu krim pelembap selepas anda mencuci muka (keringkan dengan tuala bersih).

3. Letakkan Jumlah Pelembap Yang Sesuai Pada Tapak Tangan

Herlysa Day Cream
 
Setiap jenis krim pelembap datang dengan arahan kadar jumlah yang perlu digunakan untuk setiap kali sapuan.
Krim pelembap yang nipis biasanya akan mudah kering, maka anda perlu guna dalam kadar yang lebih banyak. Kalau krim pelembap yang pekat (thick), mungkin sebaliknya.
Krim pelembap muka juga datang dalam pelbagai jenis botol dan bekas. Untuk krim pelembap yang dalam botol, picit dengan kadar yang perlu. Manakala yang dalam bekas, celupkan jari anda, dapatkan kuantiti yang anda mahu gunakan.
Jadikan arahan pada botol krim tersebut sebagai satu panduan, namun sekiranya tidak mencukupi bagi anda, maka tidak salah tambah sedikit lagi semasa menyapu.

4. Letakkan Krim Pada Muka

Dengan menggunakan dua jari, sapu krim tersebut pada permukaan muka anda – tidak kiralah sama ada dahi, pipi, hidung, dagu dan sebagainya.
Jangan lupa leher, bahagian itu pun termasuk sekali. Tambahan lagi, sekiranya terdapat mana-mana bahagian yang anda rasa akan terdedah pada cahaya matahari, sapukan krim juga (terutama pada krim pelembap yang mengandungi SPF).

5. Gosokkan Krim Pelembap Sekitar Permukaan Muka

Dengan menggunakan dua jari dua-dua belah tangan, gogokkan krim tersebut pada permukaan muka anda, dalam pergerakan bulat. Pastikannya sama rata.

6. Biarkannya Kering

Sebaiknya, anda membiarkan krim pelembap tersebut kering terlebih dahulu sebelum memakai alat solek.
Biarkannya kering selama 1-2 minit sebelum anda melakukan apa-apa, termasuklah pemakaian makeup dan sunscreen.




Serlahkan keyakinan diri dengan mempunyai  kulit muka cerah sempurna dengan tips-tips ini :

1. Gunakan Sabun Muka yang Sesuai
Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka anda mudah kering.
Lagipun, sabun pencuci muka direka untuk kulit muka. Kebanyakan produk yang anda boleh dapatkan dipasaran memuatkan nutrisi dan bahan-bahan yang boleh mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit muka.
Kulit muka adalah antara kulit badan yang paling sensitif, oleh itu jagalahnya dengan baik.

2. Bilas Dengan Sempurna

Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda, anda perlu bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.
Pastikan anda menghilangkan semua kesan sabun tersebut dari muka, hal ini kerana kesan sabun tersebut mungkin mengandungi kesan bakteria dari muka anda. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, bakteria tersebut mungkin boleh hinggap balik ke atas muka anda.
Akhiri  membilas muka anda dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

3. Keringkannya Dengan Betul

Lapkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Apa yang paling penting dalam langkah ini adalah kebersihan pada tuala tersebut. Jangan guna tuala badan tapi khaskan satu tuala untuk muka.  Jika anda menggunakan tuala badan, muka anda ada kemungkinan untuk dihinggapi oleh bakteria.

4. Guna Penyegar Wajah

Face Mist Organik Herlysa
Face Mist Organik Herlysa

Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pilihlah penyegar wajah yang betul untuk mengelakkan kulit daripada kering seperti penyegar yang mengandungi pati mentimun. Digalakkan untuk  tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan face  mist pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

5. Buat Scrub Muka Dengan Baking Soda

Tips Penjagaan Kulit Muka Cantik Dan Cerah Sempurna
 
Langkah seterusnya ialah anda perlu membuat scrub muka 1 minggu sekali untuk menggantikan sel yang sudah rosak (penyebab kulit berkedut dan masalah kulit yang lain).
Jika anda tidak biasa dengan istilah face scrub, ia adalah merujuk kepada topeng sementara yang dipakai untuk tujuan kecantikan, mengembalikan kulit muka yang cantik.
Anda tidak perlu berbelanja banyak duit untuk membeli scrub muka kerana anda boleh membuat skrub muka sendiri. 
Cara-caranya adalah:
  • Campurkan 3 sudu serbuk penaik (baking soda) ke dalam satu bekas.
  • Tuangkan air yang secukupnya untuk membentuk scrub, jangan terlalu sedikit atau pun terlalu banyak.
  • Basahkan muka dengan air suam sebelum anda menyapu scrub tersebut.
  • Sapukan exfoliant ataupun face scrub yang anda buat sebentar tadi secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka dengan berhati-hati.
  • Pastikan anda menyapu pada tempat-tempat yang ketara/kritikal seperti dagu dan dahi.
  • Elakkan daripada menyapu pada tempat berhampiran mata.
  • Selepas itu, anda digalakkan untuk membiarkan face scrub tersebut untuk seketika (antara 5-10 minit) agar baking soda tersebut boleh bertindak balas dengan sempurna pada permukaan kulit.
  • Selepas itu, bilas muka anda dengan air yang bersih dan lap dengan kain yang lembut.
6. Guna Pelembap ( Day Cream )
Anda digalakkan untuk kerapkan penggunaan pelembap, lebih-lebih lagi selepas mencuci muka.
Mencuci muka boleh mengeringkan kulit muka anda, dan dengan menggunakan pelembap, ia boleh mengembalikan kelembapan kulit tersebut.
Sekiranya anda mengalami masalah jerawat, anda perlu dapatkan produk pelembap yang bebas minyak ataupun pelembap yang dibuat khusus untuk wajah yang berjerawat. Sama juga kepada kulit muka yang sensitif, anda perlu dapatkan produk pelembap yang sesuai dengan kulit anda.

7. Minum Teh Hijau  

Tips Penjagaan Kulit Muka Cantik Dan Cerah Sempurna
 
Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.