Herlysa Vegan 5 Cara Atasi Kedutan

PERNAH TAK KORANG BAGITAU UMUR KORANG TAPI DIORANG MASIH TAK PERCAYA SEBAB MUKA BERKEDUT ??

Korang dah cuba yakinkan diorang banyak kali pasal umur korang tapi diorang masih fikir yang korang tua lebih 5 tahun dari umur korang. Dan ada juga bila kita bagitau umur sebenar kita, dia kata kita saja tipu dia pula.

Ramai yang dah pernah lalui ‘tragedi’ ni dulu, semua disebabkan garis halus dan kedutan muka kat muka. Memang banyak punca yang boleh jadikan muka kita berkedut sampai berikan kesan kedutan yang teruk bila makin berusia tapi tu tak bermakna kita tak boleh atasinya. 

Ada banyak cara untuk kurangkan kedutan muka, dan cara ni dari rumah pun boleh buat asalkan bahan nya ada. Meh Sis nak kongsikan cara hilangkan kedutan dan garis halus kat muka.

Herlysa Vegan 5 Cara Atasi Kedutan Pisang

1. PISANG

Pisang ni bukan saja baik untuk dimakan, ia juga boleh digunakan sebagai topeng muka.

Zat-zat yang ada dalam pisang seperti Vitamin A boleh bantu hilangkan bintik hitam, vitamin B pula boleh halang penuaan, dan kalium melembap dan hidratkan sel-sel kulit kita. 

Pisang juga ada zat seperti Vitamin E yang juga dikenali sebagai ‘pelindung’ kerana kekuatannya dalam perangi kerosakan radikal bebas dan tingkatkan daya tahan kulit daripada kerosakan UV.

Cara penggunaan:

Lumatkan satu pisang dan letakkan satu sudu teh jus oren dan satu sudu teh yogurt biasa dan biarkan selama 15 ke 20 minit.

Herlysa Vegan 5 Cara Atasi Kedutan Timun

2. TIMUN

Timun mengandungi zat-zat yang baik untuk kulit seperti B1, B6, vitamin C, dan kalsium. Ia bantu untuk ketat, segarkan, menghidrat, dan menjaga tona kulit muka, sambil melindungi dari kering dan mengelupas.

Vitamin ni juga bantu untuk menghalang keradangan, dan neutralkan radikal bebas, yang juga penyebab kepada penuaan awal.

Contoh Penggunaan:

Lumatkan separuh timun dengan daun pudina, campurkan dengan separuh cawan yoghurt, dan letakkan di dalam peti sejuk untuk dapatkan topeng muka yang sejuk dan hidratkan secara semulajadi.

Herlysa Vegan 5 Cara Atasi Kedutan Buah Tin

3. BUAH TIN

Ada kajian dapati bahawa ekstrak buah tin punyai kesan antioksida dan anti kolagen pada kulit berkedut dan juga boleh kurangkan potensi kedutan muka.

Ekstrak buah tin juga boleh kurangkan pigmentasi, kehilangan air kulit muka, dan juga minyak kulit yang ketara, disamping tingkatkan penghidratan kulit. 

Oleh sebab itu, buah tin sememangnya boleh digunakan sebagai ubat untuk kurangkan pigmentasi, jerawat, jerawat, dan kedut muka.

Contoh penggunaan: 

Ambil satu buah tin besar atau dua buah tin kecil. Potong buah tin tu dan korek isinya kemudian tumbuk sampai lumat. Tambah satu sudu teh madu atau yogurt untuk tingkatkan tekstur kulit muka.

Sapukan pada muka dan biarkan selama 5 minit. Basuh dengan air dan kemudian ucapkan’hai’ untuk kesegaran kulit yang nyata.

Go Button
Hydrating Mist Keluaran Herlysa Vegan
Mengandungi Ekstrak Buah Tin
Herlysa Vegan 5 Cara Atasi Kedutan Telur Putih

4. TELUR PUTIH

Telur putih penuh dengan protein untuk pembaikan dan pertumbuhan tisu, kalium untuk kekalkan kelembapan dalam sel kulit, fiboflavin untuk hilangkan toksin yang jadi penyebab kedutan muka.

Ia juga ada magnesium yang mana ia melambatkan proses penuaan dan jadikan kulit lebih berseri. Telur putih juga ada lysozyme, yang ‘memakan’ dinding sel bakteria yang jadi penyebab jerawat.

Cara penggunaan:

Campurkan satu telur putih dengan satu sudu teh jus lemon segar dan setengah sudu teh madu untuk dapatkan antiseptik dan antibakteria dari madu bersama-sama dengan astringen di dalam jus lemon untuk lawan bakteria yang ada di muka.

Mereka yang kulit berminyak akan dapat manfaat yang paling banyak sekali daripada zat-zat yang kuat yang ada di dalam telur putih. 

Telur putih juga bantu untuk ketatkan, jaga dan kecilkan liang pori dengan kurangkan sebum minyak yang berlebihan dari liang-liang anda.

Herlysa Vegan 5 Cara Atasi Kedutan Minyak Zaitun

5. MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun pertama kali digunakan 5 ribu tahun lalu apabila ia diekstrak dari pokok zaitun, yang mana orang Mesir gunakan sebagai produk kosmetik.

Selalu ia digunakan sebagai pelembap kerana ia kaya dengan antioksidan, vitamin A dan E, yang juga bantu melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Ia juga berfungsi untuk melindungi daripada kerosakan matahari.

Cara penggunaan:

Ambil satu sudu minyak zaitun dan urut perlahan-lahan pada kulit muka dua kali sehari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *