5 Jenis Parut Kulit

PARUT JERAWAT KAT MUKA PUN ADA NAMA JUGAK??

Ingat kan parut jerawat kat kulit semua sama saja, rupa-rupanya parut-parut ni pun ada nama nya juga ye. Meh Sis share sikit pasal parut jerawat ni.

Kalau nak tau, tisu kulit yang rosak akan kembali ke asal nya. Tapi ada juga kes yang mana dinding folikel rosak sangat atau ada jangkitan kuman yang lebih besar di lapisan kulit yang lebih dalam. 

Kalau ni berlaku, ia boleh buatkan kulit kita kehilangan tisu dan jadi parut kekal, atau lebih dikenali sebagai parut jerawat.

Tak semua parut jerawat nampak sama. Bentuk rupa nya, kedalaman dan jenis parut jerawat terserah pada kerosakan yang kita dah lakukan pada kulit kita dan bagaimana kulit tu boleh baiki balik tisu kulit kita dari kerosakan yang kita lakukan.

Cuba korang tengok jenis parut apa yang terbentuk kat muka korang tu. Sediakan cermin sebelum baca post ni.

5 Jenis Parut Kulit Parut Atropik

1. Parut Atropik

Parut Atropik kebanyakan nya nampak cetek saja.

Disebabkan kehilangan tisu kulit, permukaan kulit muka nampak seperti berlubang atau kesan dari bekas luka di dalam kulit anda.

5 Jenis Parut Kulit Parut Boxcar

2. Parut Boxcar

Ni jenis parut jerawat yang biasanya berbentuk bulat atau bujur dengan sisi sudut yang tajam di dalam kulit.

Parut ni nampak lebih luas berbanding parut ice-picked, sebab tu lah ia nampak seperti kulit berlubang.

5 Jenis Parut Kulit Parut Ice-Picked

3. Parut Ice-Picked

Parut ice-picked sememangnya parut yang sangat dalam di dalam kulit dan dalam nya akan jadi semakin sempit sehingga lah ke dalam kulit dermis.

Bekas parut jenis jerawat ni nampak seperti kulit muka ditembusi ais atau alat yang tajam, dari situ juga lah ia dapat nama nya.

TAHUKAH ANDA..

Herlysa Vegan Double Serum Halal

De’Figues Double Serum

Mampu mengurangkan dan merawat parut dari dalam. Klik link dibawah untuk ketahui lebih lanjut.

Klik Di Sini

5 Jenis Parut Kulit Parut Keloid

4. Parut Keloid

Bila kulit hasilkan terlalu banyak kolagen masa proses penyembuhan, terbentuk lah kulit tisu yang seakan-akan bukit.

Walaupun begitu, bekas parut yang berbukit ni bukan lah parut yang biasa boleh terjadi masa parut jerawat tapi ia masih boleh berlaku.

5 Jenis Parut Kulit Parut Rolling

5. Parut Rolling

Seperti nama nya, parut ini nampak seperti berguling atau berombak kat kulit kita.

Parut ni terjadi bila ia tarik kulit epidermis dan ikatnya dengan struktur kulit yang lebih dalam di dalam kulit, dan dengan sebab tu lah kulit muka nampak seperti berombak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *