Sudah tak hairan lagi rasanya kalau face mist menjadi salah satu produk kecantikan kegemaran ramai masa kini, bahkan ianya sudah menjadi produk wajib bagi kebanyakan wanita. Kalau di lihat sekilas memang bentuknya seperti face mist biasa.
Mungkin ada yang bertanya “ Apa yang special spray-spray muka ni ? ”. Tunggu dulu, kerana manfaat face mist ini banyak sekali dan boleh digunakan lebih dari sekadar membasahi muka.

 

Apa itu Face Mist?

Face mist adalah sejenis air yang boleh menyegarkan kulit wajah ketika stress akibat pantulan sinaran matahari yang boleh membuatkan kulit wajah kelihatan kering, kusam, atau tidak bermaya. Face mist juga amat penting untuk kulit wajah kerana ia akan memberikan kesegaran pada wajah, menenangkan kulit di wajah, memberi nutrisi dengan cara melembapkan, memberikan kilauan serta boleh digunakan ketika muka terasa penat dan mengantuk.
Fungsi face mist adalah sama dengan toner, tetapi kebaikannya lebih berkesan berbanding toner. Kebaikannya jika menggunakan face mist ialah dapat menyeimbang pH kulit terutama selepas mencuci muka serta menghidrat kulit muka dengan melembapkannya.

 

Mari kita pelajari kegunaan face mist.

 

1. Menenangkan kulit setelah facial dan rawatan wajah.

Face mist memiliki kandungan seperti aloe vera, witch hazel, vitamin E dan menthol yang mampu menenangkan kulit. Banyak klinik dan dermatologist yang menggunakan face mist kepada pelanggan setelah melakukan rawatan wajah. Ini kerana kulit kemerahan, kulit yang terasa pedih atau gatal dapat di atasi dengan menggunakan face mist.

 

2. Face mist sebagai persediaan sebelum memakai krim siang.

Selepas mencuci wajah, baik jika wajah anda di sembur dengan face mist  kerana kulit akan menjadi lembap dan lebih mudah untuk mengaplikasikan krim siang. Krim siang lebih cepat meresap ke dalam kulit dan lebih rata sapuannya.

 

3. Mengurangkan ketebalan makeup.

Pernahkah anda merasakan saat-saat di mana makeup anda terlalu tebal? Niat awal ingin menggunakan makeup untuk acara istimewa, tetapi tanpa di sedari foundation anda terlalu tebal seolah-olah memakai topeng. Jangan risau kerana dengan semburan face mist,  anda boleh dengan cepat mengubah solekan menjadi lebih natural.

 

4. Sebagai penyegar makeup.

Sewaktu di pejabat, selepas waktu rehat makan tengahari, muka anda tentu kelihatan letih dan makeup pun mungkin mulai pudar. Di kenali sebagai “ stale makeup ”, banyak wanita yang mengaplikasikan makeup baru di atas makeup lama.
Cara ini tidak di galakkan kerana boleh  menyebabkan pori-pori tersumbat dan mengundang bakteria. Lebih baik jika anda menggunakan semburan face mist sebelum memakai make-up baru kerana ianya bertindak sebagai astringent dan mengurangkan bakteria dan dapat membuat wajah  anda terasa segar dan makeup anda lebih senang untuk di aplikasi.

 

5. Kekalkan kelembapan kulit.

Jangan lupa untuk sentiasa membawa sebotol face mist  di dalam beg tangan atau letakkan satu botol di meja di pejabat. Paling penting, jangan lupa bawa face mist ketika menaiki kapal terbang kerana face mist umpama air minuman.  Bila anda dahaga maka anda perlu minum air, jadi  begitu juga dengan kulit wajah di dalam kapal terbang yang mudah kering dan kusam akibat udara kering. Dengan beberapa semburan face mist, kulit wajah anda akan lebih lembap, segar dan berseri.

 

Bagaimana cara penggunaan face mist Al ‘ Vera Herlysa ini?
Caranya ialah hanya sembur pada wajah dengan jarak 5 inchi dari wajah. Selepas itu, perlu di tepuk-tepuk supaya ramuan-ramuan face mist Herlysa ini dapat meresap pada wajah. Biarkan face mist seketika di wajah dan jangan di lap.

Face mist ini juga boleh di gunakan sebelum bersolek atau selepas bersolek, supaya solekan pada wajah tidak luntur dan bertompok.

Ramuan-ramuan di dalam face mist Al ‘ Vera Herlysa mengandungi:

  • Organik Lavender Oil
  • Aloe Vera
  • Witch Hazel
  • Vit E
  • Glycerin
  • Menthol
  • Aqua
Untuk maklumat lanjut, sila ke fb Herlysa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *