5 Punca Jeragat

KENAPA MUKA AKU PENUH DENGAN JERAGAT ?? APA PUNCANYA JADI MACAM NI ??

Jeragat ni bintik-bintik kecil yang terjadi kat muka, bahu dan dada. Biasanya bintik jeragat ni berwarna coklat atau tan berwarna terang.

Terjadinya jeragat kat muka tak bermakna keadaan kulit kita jadi berbahaya tau, tak ada petanda yang ia akan menjadi masalah kulit yang teruk pun kalau ada jeragat.

Semua orang tak kira jenis kulit samada ia kulit hitam Afrika, putih cerah Amerika atau kulit coklat macam kita ni, pasti terdedah dengan kejadian bintik-bintik jeragat.

Walaupun begitu, bintik-bintik ni kebiasaannya terjadi pada orang yang berkulit putih berbanding warna kulit yang lain, sebab tu kita biasa nampak kebanyakan mereka yang jeragatnya terserlah adalah orang-orang Eropah.

Jadi Sis nak share dengan korang macam mana boleh terjadinya jeragat ni. 

Nanti SHARE kat kawan-kawan yang ada jeragat ni supaya diorang pun tau.

5 Punca Jeragat Keturunan

1. Keturunan

Ada diantara ibu, ayah, datuk atau nenek kita yang ada jeragat. Ini juga bermaksud dalam DNA badan kita juga ada DNA jeragat.

DNA jeragat boleh diwarisi dari ahli keluarga yang mengalami masalah jeragat. Biasanya, punca jeragat ini agak sukar diatasi, melainkan dengan merawat DNA tu sendiri.

5 Punca Jeragat Rawatan Hormon

2. Rawatan Hormon

Kajian menunjukkan ramai wanita yang menjalani rawatan hormon seperti mengambil pil hormon yang mengadungi estrogen atau progestron akan mengalami masalah jeragat.

Selain tu, wanita yang merancang kehamilan dengan pil perancang turut berkongsi risiko yang sama kerana hormon yang tak stabil.

5 Punca Jeragat Sinaran Matahari

3. Sinaran Matahari

Punca utama terjadinya jeragat adalah sinaran matahari. Sinar matahari mengandungi sinar elektromagnet yang juga dikenali sinar ultra violet (UV).

Ada dua jenis sinaran UV iaitu UV A dan UV B yang boleh menyebabkan kerosakan sel kulit.

UV A boleh tembusi jauh ke dalam kulit dan menyebabkan penuaan sel kulit, jadikan kulit lebih gelap, rosakkan DNA kulit serta boleh menyebabkan kanser.

UV B pula mengandungi banyak tenaga yang boleh rosakkan DNA sel kulit secara langsung dan menyebabkan kulit terbakar.

Kita sebenarnya perlukan sinaran matahari untuk badan kita hasilkan vitamin D. 

Namun pendedahan pada matahari yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada kulit dan menimbulkan jeragat. Lebih teruk lagi, boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

TAHUKAH ANDA..

De’Figues Tinted Moisturizer

mampu memberikan kulit wajah semakin sihat dan jelita, disamping mengandungi kelebihan perlindungan SPF 35+ daripada sinaran UV dan melembabkan kulit wajah anda.

Herlysa Vegan Tinted Moisturizer Halal
5 Punca Jeragat Ubat-ubatan

4. Ubat-ubatan

Pengambilan jenis ubat untuk mengatasi masalah tertentu seperti masalah emosi juga boleh berikan kesan sampingan yang boleh menyebabkan terjadinya jeragat.

Terdapat juga sesetengah ubat yang akan mengurangkan keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel kulit yang baru dengan aktif.

5 Punca Jeragat Kehamilan

5. Kehamilan

Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu.

Sesetengah ibu mengandung akan mengalami perubahan pigmentasi pada muka dan leher disebabkan peningkatan hormon melanin.

Hormon melanin ni jadikan warna kulit lebih gelap dan lindungi kulit tu daripada cahaya ultraviolet. 

Disebabkan peningkatan hormon melanin pada ibu hamil, pendedahan kepada cahaya matahari akan buatkan tompokan tu jadi lebih gelap dan jelas.

Ada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin. Tetapi ramai juga yang terus mengalami jeragat di muka mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *