Herlysa Vegan 5 Punca Kedutan Di Muka

Stres kan bila ramai salah teka umur, kalau teka lagi muda takpe lah, ini ditekanya 5, 10 tahun lagi tua dari usia sebenar. Ini semua sebab garis-garis halus dan kedutan di kulit muka.

Dah lah kedutan ni boleh buatkan kita rasa kurang rasa yakin, bila bersolek pula tak naik seri nya, rasa macam membazir wang dan masa pula.

Jadi Sis nak cerita dengan anda 5 punca kenapa muka boleh berkedut.

Nanti jangan lupa SHARE SHARE SHARE ye… 

Herlysa Vegan 5 Punca Kedutan Di Muka Ekspresi Wajah

1. EKSPRESI WAJAH

Ekspresi wajah seperti mengenyit atau pun tersenyum, boleh bawa kepada garis halus dan kedutan muka tau.

Setiap kali anda gunakan otot muka, bentuk alur terbentuk di bawah permukaan kulit. Semakin kita berumur, akan semakin hilang fleksibiliti nya dan wajah kita tidak lagi menjadi anjal seperti dulu. 

Dan alur ini kemudiannya akan jadi kedutan yang kekal di wajah anda.

Herlysa Vegan 5 Punca Kedutan Di Muka Merokok

2. MEROKOK

Ini sepatutnya tidak mengejutkan, merokok adalah salah satu penyebab terbesar kedutan muka. Bukan saja kedudukan rokok semasa di dalam mulut anda boleh sebabkan garis halus, tetapi toksin dari rokok itu sendiri boleh tuakan kulit anda.

Nikotin dalam rokok pula boleh sempitkan salur darah dalam kulit dan sebabkan lebih banyak kedutan kerana nutrien paling penting tidak lagi dapat masuk ke kulit kita.

Herlysa Vegan 5 Punca Kedutan Di Muka Sinaran UV

3. SINARAN UV

Sepatutnya tak mengejutkan kalau punca utama muka berkedut disebabkan pendedahan kepada sinaran UV matahari.

Kedua-dua sinaran UV iaitu sinaran UVA (Ultra Violet A), yang tembusi lapisan kulit paling dalam, dan sinaran UVB (Ultra Violet B), yang buat kulit jadi gelap disebabkan matahari, boleh bertambahnya penuaan dan kedutan. 

Bukan saja mengelak diri dari terkena matahari melindungi anda dari kanser kulit, tapi ia juga akan buatkan muka anda kelihatan kekal muda.

Herlysa Vegan 5 Punca Kedutan Di Muka Pencemaran

4. PENCEMARAN

Anda mungkin tak terfikir tentang persekitaran anda, tapi ia sebenarnya beri impak yang besar kepada kedutan dan garis halus.

Malah, ada satu kajian mengatakan wanita yang tinggal di kawasan bandar akan dapat lebih banyak kedutan berbanding mereka yang tinggal di kawasan luar bandar sepanjang 24 tahun mereka.

Jadi, jika anda tinggal di bandar yang sesak, pastikan anda cuci muka anda dulu  menggunakan sabun pencuci didalam set R’Seven bila waktu malam sebelum tidur untuk bersihkan kotoran pencemaran di muka tu.

Herlysa Vegan 5 Punca Kedutan Di Muka Tak Cukup Tidur

5. TAK CUKUP TIDUR

Anda tahu kan tidur yang cukup sangat penting untuk bantu anda untuk jadi diri anda yang terbaik untuk esok, dan tidur ni boleh bantu anda untuk kurangkan berat badan juga.

Tapi tau tak anda yang ia juga boleh bantu kulit anda kekal licin? Kurangnya tidur adalah penyumbang kepada kedutan muka kerana pH kulit berubah dan kulit muka akan dihidrasi bila tak cukup tidur. 

Pastikan anda sentiasa dapatkan 6-8 jam tidur yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

Ada sebabnya ia dipanggil ‘beauty sleep’ tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *