5 Punca Kulit Berminyak

MUKA BERJERAWAT SEBAB MUKA SELALU BERMINYAK ??

Setiap lelaki atau perempuan mesti inginkan wajah yang bersih tanpa minyak di muka.

Muka yang berminyak akan buatkan muka terlekat dengan debu, kuman dan bakteria sampai boleh tumbuh jerawat di kawasan muka yang tak diingini apatah lagi kalau tumbuh di tengah-tengah hidung. 

Tak ada seorang pun di dunia ni yang nakkan jerawat di mukanya, sebab jerawat ni boleh kurangkan kecantikan dan kehenseman seseorang, hanya kerana disebabkan mukanya selalu berminyak.

Jadi Sis nak kongsikan apa punca yang jadikan kulit kita selalu berminyak ni.

5 Punca Kulit Berminyak Cuci Muka

1. Cuci Muka

Sekiranya kulit anda nampak berkilat, perkara terakhir yang anda nak lakukan adalah membasuh muka anda gunakan produk yang kasar.

Menggosok terlalu kasar dengan kain lap, alat lain yang kasar atau dengan pengelupasan kasar akan hilangkan kulit dari kelembapan, dan sebabkan kelenjar untuk hasil lebih banyak minyak di muka.

Sebab itu lah cuci muka dengan pembersih yang lembut adalah sangat penting.

2. Solekan

Adalah sangat penting untuk anda sentiasa gunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda, yang berkualiti tinggi dan juga dilabelkan sama ada bebas minyak atau bukan komedogenik.

Solek tebal-tebal sebenarnya boleh memerangkap minyak di muka kita. Sebagai contoh, jika anda gunakan produk kulit kering apabila sebenarnya jenis kulit anda adalah berminyak, anda boleh buatkan kulit muka anda kering dan sebabkan lebih banyak pengeluaran minyak muka.

Kosmetik yang tak berkualiti boleh jadikan ia lebih keras, merosakkan kulit muka dan jadikan kelenjar sebum untuk keluarkan lebih banyak minyak.

Makeup sememangnya alat yang hebat untuk menutupi jerawat, jeragat, dan garis halus. Tapi perlu diingatkan, apa yang anda letak di muka anda sama pentingnya dengan cara anda membuangnya. 

Apabila memilih sesuatu kosmetik, pilih lah label yang punyai ayat ‘bebas minyak’ dan ‘tidak komedogenik’. Apabila nak membuang solekan, pilih toner yang berkualiti untuk mengeluarkan sisa sisa daripada kosmetik tu.

5 Punca Kulit Berminyak Hormon

3. Hormon

Tak begitu mengejutkan, betul tak? Setiap bulan badan anda akan melalui kitaran hormon seperti biasa, dan apabila hormon-hormon ni berkurangan, ia sebenarnya boleh merangsang kelenjar minyak anda.

Androgen adalah hormon yang bertanggungjawab untuk keluarkan minyak muka, dan kadang-kadang mereka boleh turun naik, merangsang peningkatan sebum muka. 

Ini sering terjadi semasa baligh, sebelum haid, semasa mengandung dan semasa menopaus. 

Tekanan dan penyakit juga boleh menambah pengeluaran hormon, dan dengan hormon ini akan makin bertambah minyak muka.

5 Punca Kulit Berminyak Pemakanan

4. Pemakanan

Mungkin susah untuk mengelak makan makanan yang ada gula, karbohidrat dan tenusu.

Tapi perlu ingat walaupun betapa lazatnya makanan ni, memakannya terlalu kerap boleh sebabkan pengeluaran sebum yang terlalu aktif sehingga muka berkilauan kerana minyak muka.

Kita semua tahu yang makan ni ada banyak faedah dan kebaikannya, dan tak salah kalau kita nak memanjakan diri dengan makan bermacam-macam.

Walaupun begitu, memakan makanan yang punyai glisemik yang tinggi boleh sebabkan pengeluaran sebum yang terlalu aktif.

5 Punca Kulit Berminyak Cuaca

5. Cuaca

Kelembapan dan cuaca panas akan merangsang pengeluaran sebum, menyebabkan lebih banyak minyak pada kulit muka.

Manakala, dalam iklim yang sejuk pula, kulit boleh menjadi kering, menyebabkan kelenjar minyak menjadi lebih untuk imbangi kelembapan minyak kulit. 

Tidak ada beza pun dalam aktiviti kelenjar peluh anda dari musim ke musim, tapi yang pastinya dalam cuaca yang lebih panas dan lembap, kulit yang berminyak sememangnya menyusahkan.

Herlysa Vegan Hydrating Mist Halal

De’Figues Hydrating Mist

mampu membantu melucutkan jerawat di wajah anda dan membuat anda berasa lebih segar.

One reply on “5 PUNCA KULIT BERMINYAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *