Herlysa Vegan 5 Spot Jerawat Berkampung

Antara punca utama jerawat suka berkampung di spot2 feveret ni atas beberapa sebab yang anda kena ambil tahu,

Jadi, kami kongsikan dengan anda tentang spot2 feveret jerawat suka berkampung dan mcm mana nak menghalau jerawat-jerawat ni dari berkampung di situ..

Herlysa Vegan 5 Spot Jerawat Berkampung Dagu

Dagu

Punca jerawat di dagu kebiasaannya berpunca dari kitaran haid atau pon hormone seseorang. Hormone testosterone akan menyebabkan gelandir mengeluarkan minyak yang banyak dan menyebabkan liang-liang pori tersumbat.

Liang-liang pori yang tersumbat akan menyebabkan keluarnya jerawat di muka.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah apabila hampir tiba masa haid. Anda perlu lebih kerap mencuci muka di bahagian kawasan dagu dan leher. 

Jika anda menggunakan Double Serum Herlysa anda boleh gunakan dlm kuantiti yang lebih sedikit dari biasa dikawasan dagu dan leher.

Herlysa Vegan 5 Spot Jerawat Berkampung Dahi Hidung

Dahi & Hidung

Jerawat yang kebiasaan muncul di dahi dan hidung atau pun “T-ZONE” adalah kerana stress. Hormone adrenaline akan menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan di dalam kulit muka dan boleh menyebabkan “BREAKOUT”.

Hormon adrenaline menjadi aktif akibat tekanan kerja atau pun tekanan belajar.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengawal pemakanan berminyak dan juga produk tenusu. Elakkan makan makanan yang anda alergik. Dengan lebih elok, kawal pemakanan anda.

Herlysa Vegan 5 Spot Jerawat Berkampung Anak Rambut

Anak Rambut

Ini bermakna anda mengalami masalah dengan minyak rambut anda. Jerawat akan terhasil di bahagian anak rambut sekiranya anda menggunakan minyak rambut atau “POMADE” yang tidak sesuai untuk kulit anda.

Jika anda tidak mencuci dengan bersih itu pun boleh menyebabkan jerawat di bahagian anak rambut.

Cara yang terbaik untuk masalah ini ialah mencuci rambut anda dengan bersih serta kurang kan dari gunakan minyak rambut atau “POMADE” di bahagian tersebut.

Herlysa Vegan 5 Spot Jerawat Berkampung Pipi

Pipi

Jerawat di pipi boleh di sebabkan kerana tangan yang kotor serta apa sahaja barang yang kita letakkan di pipi seperti telefon atau pon tapak tangan kita sendiri.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah kurangkan menyentuh pipi anda dan selalu pastikan tangan anda sentiasa dalam keadaan bersih.

Herlysa Vegan 5 Spot Jerawat Berkampung Badan

Badan

Jerawat di bahagian badan biasanya di alami oleh golongan wanita, hal ini selalunya kerana pakaian dalam atau “bra”.

Jika anda seorang yang suka bersukan, elakkan memakai “sport bra” yang di perbuat dari kain cotton.
Pemakanan juga boleh menjadi faktor.

Wanita yang kerap bersenam lebih elok memakai pakaian yang diperbuat dari “polyster” atau “microfiber”. 

Cara untuk mengatasi kawal pemakanan anda dan lebih kan memakan oat untuk mereka yang sering mengalami masalah jerawat di badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *