Herlysa Vegan Tips Mencegah Jerawat

“SIAPA YANG TIDAK KESAL, JIKA ADA MASALAH KULIT BERJERAWAT..KAN..???”

Masalah kulit yang sering membuat kita kurang keyakinan diri,

Jerawat, pada asalnya kelihatan seperti benjol yang timbul akibat kulit muka yang pori-porinya tersumbat akibat minyak yang berlebihan,

Banyak faktor yang menjadi punca kepada jerawat ni, antaranya:

+kulit berminyak,
+hormon yang tidak stabil,
+pola pemakanan yang tidak terkawal dan tidak sihat,
+waktu tidur yang tidak mencukupi,
+persekitaran yang mendatangkan stress,

dan sebagainya.

Jadi, Sis Lysa ingin kongsikan tentang 5 TIPS MENCEGAH TIMBULNYA JERAWAT buat korang.

RAJIN MEMBASUH MUKA

Ini adalah cara yang paling mudah, iaitu membersihkan muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pembersih muka.

Pilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Sekarang ni dah banyak pembersih muka yang menggunakan bahan-bahan organik dan semulajadi di pasaran.

Rajin membersihkan muka adalah kunci dalam menjaga kulit dari kotoran dan minyak yang berlebihan yang boleh menjadi sebab terhasilnya jerawat.

Herlysa Vegan Tips Mencegah Jerawat

JANGAN SENTUH DAN PICIT

Jika jerawat timbul di muka, jangan cuba-cuba gatal tangan untuk sentuh dengan tangan anda yang kotor, bukan apa takut nanti bakteria yang ada di jari akan menyebabkan factor untuk jerawat tumbuh dengan lebih sihat.

Di ingatkan untuk tidak memicit jerawat yang timbul atau tumbuh kerana, itu akan membuatkan kondisi jerawat yang tumbuh akan meninggalkan bekas atau kesan yang lebih teruk sewaktu ianya hilang nanti.

Herlysa Vegan Tips Mencegah Jerawat Elakkan Makeup Berlebihan

ELAKKAN MAKEUP BERLEBIHAN

Kekerapan make up yang berlebihan adalah salah 1 punca yang menyebabkan pori-pori di kulit muka tersumbat jika tidak di bersihkan dengan betul.

Pastikan anda mengunakan alat dan bahan make up yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Paling penting, jangan lupa untuk bersihkan make up anda sebelum tidur.

Herlysa Vegan Tips Mencegah Jerawat Rajin Bersenam

RAJIN BERSENAM

Senaman baik untuk membantu mengimbangkan hormon badan dan mengurangkan risiko stres yang berlebihan.

Setiap kali selepas bersenam, mandi dengan air yang hangat untuk bersihkan tubuh dari keringat peluh dan minyak yang dapat menyebabkan jerawat.

Herlysa Vegan Tips Mencegah Jerawat Cara Pemakanan Yang Sihat

CARA PEMAKANAN YANG SIHAT

Menu makanan yang sihat dan seimbang dapat menjaga kesihatan kulit.

Cuba untuk dapatkan pemakanan yang baik seperti buah dan sayur yang bersih untuk mengatasi jerawat dari dalaman.

Jika anda sering mengalami masalah jerawat, sebaiknya hindari diri dari memakan makanan yang berminyak, berlemak, fast food dan yang mengandungi kafein.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *