7 Jenis Jerawat

“INILAH 7 JENIS JERAWAT & KESANNYA YANG PERLU ANDA KETAHUI”

Jerawat merupakan salah satu dari jenis penyakit kulit yang paling sering muncul di bahagian wajah dan pasti sangat terganggu hingga dapat mempengaruhi self-esteem setiap individu.

Memiliki wajah yang bersih dan cantik tanpa jerawat merupakan dambaan sebahagian besar wanita.

Kebanyakan wanita hari ini sering merasa tidak selesa dan hilang kepercayaan pada diri sendiri bila keluar dari rumah dengan wajah yang berjerawat,

Jadi kat sini ade 7 JENIS JERAWAT & KESANNYA yang perlu anda ambil tahu..

Kalau rasa-rasa belum pasti atau belum tahu, kena cepat-cepat dapatkan jawapan tentang jenis jerawat yang anda alami tu..

7 Jenis Jerawat Biasa

JERAWAT BIASA

Hampir sebahagian besar orang pernah menderita dgn jerawat seperti ini. Jerawat ini mudah dikenali kerana bentuknye yang kecil dan berwarna putih kemerahan.

Jerawat ini timbul kerana tersumbatnya pori-pori dengan bakteria propionibacterium. Bakteria tersebut hidup di kelenjar yang tersembunyi dibawah permukaan kulit atau sering disebut juga sebagai kelenjar sebaceous.

7 Jenis Jerawat Batu

JERAWAT BATU

Memiliki ukuran yang lebih besar dari pada jerawat biasa. Jerawat batu berwarna kemerah-merahan dan menunjukkan reaksi keradangan.

Jika terus dibiarkan jerawat batu akan meninggalkan bekas yang susah untuk dihilangkan. Jerawat batu atau yang sering disebut dengan Cystic Acne ini sering muncul disebabkan kerana kelenjar minyak yang terlalu banyak dan pertumbuhan sel yang tidak normal.

Jerawat batu tergolong dalam jerawat yang parah.

7 Jenis Jerawat Komedo

JERAWAT KOMEDO

Disebabkan oleh sel-sel kulit mati dan kelenjar minyak yang berlebihan. Jerawat Komedo terbagi kepada dua jenis iaitu jerawat komedo tertutup dan jerawat komedo terbuka.

Jerawat Komedo tertutup akan kelihatan seperti benjolan berwarna putih. Sedangkan jerawat komedo terbuka akan kelihatan seperti pori-pori yang membesar dan menghitam.

7 Jenis Jerawat Juvenil

JERAWAT JUVENIL

Jerawat ini timbul pada masa haid bagi wanita yg dikalangan usia 14-20 tahun. Penyebab jerawat ini berpunca dari masalah hormon yang belum stabil dalam memproduksi sebum.

7 Jenis Jerawat Vulgaris

JERAWAT VULGARIS

Merupakan masalah kelainan pada kulit yang mengalami erupsi komedo terbuka, komedo tertutup serta jerawat yang diikuti dengan kulit kemerahan serta bersisik.

Jerawat ini biasanya timbul pada masa remaja dan umumnya berlanjutan sehingga pada masa dewasa.

Jerawat ini sering di alami kerana kelebihan minyak, perubahan hormon, sebab penyalah gunaan produk kosmetik yang membuatkan kulit mati.

7 Jenis Jerawat Rosacea

JERAWAT ROSACEA

Jerawat ini biasanya timbul pada wanita yang berusia 30-50 tahun.

Pada mulanya jerawat ini akan kelihatan kemerahan yang dapat menimbulkan peradangan sehingga menimbulkan sisik pada celah-celah hidung.

7 Jenis Jerawat Nitrosica

JERAWAT NITROSICA

Jerawat jenis ini harus dijaga-jaga kerana jika dibiarkan akan menyebabkan berlakunya lubang-lubang pada kulit wajah.

Saranan sekiranya mempunyai jerawat nitrosica, segera dapatkan khidmat nasihat dengan doktor, atau rawatan khas dengan pakar perubatan kulit untuk mendapatkan kembali kulit yang sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *