Herlysa Vegan Punca Jerawat

Jerawat kat muka memang sangat mengganggu apatah lagi kalau jumlahnya banyak sampai boleh timbul rasa tak percaya kat diri sendiri.

Ada banyak punca dan penyebab tumbuhnya jerawat kat muka yang kita kena tahu kerana kulit muka adalah bahagian kulit yang paling selalu terdedah kat luar persekitaran yang mana muka ni perlu sentiasa dijaga dengan baik.

Mari kita lihat antara penyebab munculnya jerawat kat muka.

 

Herlysa Vegan Punca Jerawat Stress

STRESS

Stres adalah antara faktor penyebab jerawat di muka. Tahap stres yang tinggi boleh beri kesan kat muka dan menyebabkan radang jerawat yang teruk.

Jadi, bila dalam keadaan stres, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan keluar secara berlebihan dan menjadi punca berlakunya jerawat terutamanya di muka.

Herlysa Vegan Punca Jerawat Hormon

HORMON

Masa usia remaja atau akil baligh ni, perubahan kat hormon iaitu kelenjar sebaceous boleh menyebabkan jerawat pada wajah.

Itu kerana bila kelenjar ni mengembang, ia akan keluarkan sebum atau dikenali sebagai minyak kulit dan mengaktifkan lagi minyak kat kulit wajah dan menjadikan wajah lebih berminyak dengan pengaruh dari hormon androgen.

Sebab itu ramai di kalangan perempuan masa usia remaja dan awal dewasa ni kerap mengalami masalah jerawat.

Walaupun penghasilan sebum ni banyak masa usia remaja, lama-kelamaan penghasilan sebum ni akan berkurangan bila meningkat dewasa.

Herlysa Vegan Punca Jerawat Kebersihan Kulit Wajah

KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Kebersihan muka yang tak dijaga dengan baik juga boleh menyebabkan jerawat. Ini kerana pencemaran seperti asap debu dan kotoran persekitaran yang melekat kat kulit muka boleh menyekat pori-pori dan lama-kelamaan akan menjadi jerawat.

Cuci muka dengan tidak bersih atau bukan dengan cara yang tepat juga boleh menyebabkan timbulnya jerawat kat muka, tu tak termasuk lagi kalau jarang-jarang sangat cuci muka.

Kain tuala untuk lap badan juga tak boleh digunakan untuk lap muka kerana sel-sel kulit mati yang ada kt tuala tu boleh menyekat pori-pori muka kita.

Herlysa Vegan Punca Jerawat Gaya Hidup Tidak Sihat

GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

Antara punca lain jerawat boleh tumbuh di muka adalah kerana amalkan gaya hidup yang tak sihat. Kurang minuman air mineral, selalu makan makanan yang tak sihat dan kesan dari banyak merokok juga boleh tingkatkan risiko tumbuh jerawat di muka.

Penyakit-penyakit kronik juga boleh menjadi punca tumbuhnya jerawat kerana kesihatan tubuh badan sememangnya ada kaitan dengan masalah kecantikan kulit kerana ia boleh memberi kesan buruk kat tubuh terutamanya muka.

Herlysa Vegan Punca Jerawat Pemakanan

PEMAKANAN

Jerawat muka juga boleh disebabkan oleh makanan yang kita makan. Makanan yang berlemak atau makanan yang kurang sihat boleh menghasilkan sebum secara berlebihan.

Punca dari pemakanan yang paling umum adalah makanan yang berminyak. Makanan seperti inilah yang selalu buatkan muka tumbuhnya jerawat. Sebaiknya, elakkanlah makanan yang berminyak atau setidak-tidaknya kurangkan makanan yang berminyak.

Walaupun makanan yang berkhasiat seperti sayur itu elok untuk kita makan tetapi kalau dah dimasak dengan minyak apatah lagi secara berlebihan, ia tetap juga tidak elok untuk kesihatan kulit muka.

Herlysa Vegan Punca Jerawat Makeup Berlebihan

MAKE UP BERLEBIHAN

Untuk sebahagian besar wanita, make up sudah menjadi satu keperluan untuk digunakan setiap hari. Penggunaan make up memang tiada masalah tetapi yang masalahnya jika digunakan secara berlebihan, kemudian setelah digunakan tidak dibersihkan dengan baik. Ini akan menyebabkan pori-pori tersumbat dengan bekas make up yang tertinggal kat kulit muka.

Ada juga produk make up yang tak sesuai dengan jenis kulit muka. Sebab tu, bila nak gunakan produk pada kulit muka sebaiknya kenal dulu jenis kulit kita supaya tiada kesilapan dalam pemilihan produk make up nanti.

Herlysa Vegan Punca Jerawat Jenis Kulit

JENIS KULIT

Hampir setiap orang pasti pernah tumbuh jerawat di mukanya tetapi ada diantara mereka yang sememangnya lebih berpotensi untuk tumbuhi jerawat yang lebih banyak di sekitar muka berbanding yang lain kerana faktor dari jenis kulit mereka sendiri.

Untuk mereka yang jenis kulit berminyak, penghasilan minyak kulit atau sebum secara berlebihan boleh memberi kesan yang buruk untuk muka kerana debu dan kotoran akan lebih mudah melekat kat muka. Bila kulit terlalu berminyak, muka akan cepat kotor dan pori-pori akan senang tersumbat dengan kotoran tu.

Jadi, kalau mereka yang miliki kulit berminyak sebaiknya sediakan kertas minyak yang boleh menyerap minyak berlebihan supaya muka tak mudah untuk tumbuh jerawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *