Herlysa Vegan 8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata

Kulit yang kusam merupakan keadaan yang sangat menjengkelkan.

Keadaan kulit kusam ini kebiasaanya terjadi di sebabkan oleh minyak yang berlebihan.

Pada asalnya, wajah kita sudah pun menghasilkan minyak yang semulajadi, minyak ini berfungsi untuk melindungi kulit dari bahaya luar seperti debu, radikal bebas dan sebagainya. 

Dalam masa yang sama membantu untuk meremajakan sel kulit.

Tetapi, jika terlalu banyak pengeluaran minyak, ini akan menjadikan masalah lain kepada kulit. Minyak yang berlebihan akan menjadikan kulit kusam dan tidak bercahaya.

Dan ini pasti akan menggangu penampilan kita bila berdepan dengan orang lain sewaktu berurusan.

Jadi kami kongsikan di sini tentang sebab-sebab yang membuatkan kulit wajah menjadi kusam supaya anda tahu cara untuk mengelakknya..

Herlysa Vegan 8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata Cara Pemakanan

Cara Pemakanan

Sebab utama kulit menjadi kusam adalah disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak sihat, antara pemakanan yang tidak sihat adalah seperti makanan bergoreng, makanan yang banyak mengandungi santan, makanan seperti junk food.

Oleh itu, elakkan makan makanan yang tertera di atas untuk menjaga kulit wajah anda.

Herlysa Vegan 8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata Corak Kehidupan

Corak Kehidupan

Tabiat buruk yang boleh mendatangkan pengaruh yang teruk kepada kulit wajah untuk menjadi kusam adalah corak kehidupan yang tidak terjaga.

Sebagai contoh, terlalu banyak berehat dan kurangnya pergerakan seperti senaman. 

Dalam masa yang sama, ini boleh meningkatkan lagi proses penuaan kulit muka.

Herlysa Vegan 8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata Alam Sekitar

Alam Sekitar

Antara sebab yang lain, cuaca dan peredaran alam sekitar di sekeliling turut menjadi punca kepada masalah kulit kusam ini.

Jika kita terbiasa dengan persekitaran yang berdebu dan udara yang kotor turut akan menyebabkan kulit menjadi tidak sihat, seterusnya membawa kepada masalah kulit kusam. 

Ini kerana, debu yang ada di persekitaran akan melekat pada permukaan kulit kita dan buatkan liang pori-pori kulit menjadi tersumbat hingga akhirnya menyebabkan masalah pada kulit.

Herlysa Vegan 8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata Kosmetik Yang Salah

Kosmetik Yang Salah

Zaman sekarang, penggunaan kosmetik adalah salah satu kewajipan bagi sesetengah wanita, namun kosmetik juga boleh menjadi penyebab kepada masalah kerosakan kulit.

Betul, kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit kita akan menyebabkan kulit kusam dan rosak.

Lebih-lebih lagi jika kosmetik tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya pada wajah dan kulit. Terdapat juga produk kosmetik yang mendatangkan kanser kepada kulit.

Oleh itu, hati-hatilah dalam memilih alat kosmetik dan pastikan produk kosmetik itu bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Herlysa Vegan 8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata Genetik

Genetik & Keturunan

Dalam banyak-banyak sebab, faktor keturunan adalah salah 1 yang menyumbang kepada masalah kulit.

Ada sesetengah wanita yang akan cenderung mengalami masalah kulit kusam ini di sebabkan oleh keturunan orang tuanya yang di turunkan kepada anaknya.

Herlysa Vegan 8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata Kurang Air

Kurang Air

Air yang di maksudkan adalah, air putih. Ini kerana air putih sangat penting kepada kesihatan tubuh badan dan kecantikan kulit.

Air putih berfungsi untuk membuang racun atau toksin di dalam tubuh badan serta menjaga kelembapan kulit.

Kekurangan air putih akan menyebabkan tubuh menjadi dehidrasi dan akibatnya akan membuatkan banyak sel yang mati. 

Justeru, kulit juga akan mengalami masalah seperti kering, kusam dan berkedut.

Jadi di sarankan untuk pengambilan air putih yang minimun sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Herlysa Vegan 8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata Tidur Tidak Cukup

Tidur Tidak Cukup

Orang yang kurang tidur juga cenderung untuk alami kulit yang kusam, pucat, berminyak dan berkedut.

Ini kerana, pada waktu tidur, sel kulit akan bertindak untuk membaiki dan menghasilkan sel-sel kulit yang baru.

Jadi jika kekurangan tidur, sudah tentu hal ini akan menggangu proses untuk regenerasi sel kulit yang baru tersebut.

Herlysa Vegan 8 Sebab Warna Kulit Tidak Sekata Stres

Stres

Untuk pengetahuan semua, sewaktu stres, kebiasaanya kulit akan menghasilkan minyak yang banyak dan berlebihan.

Disebabkan itu, wajah akan mengalami kesan sampingan seperti kusam dan tidak bermaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *