Adakah anda tahu apa itu  AHA? Ramai diantara kita terdedah kepada banyak lambakan produk di pasaran yang mempunyai kandungan AHA,  tetapi  sebahagian besar  pengguna  tidak tahu apa maksudnya.

AHA adalah singkatan dari Alpha Hydroxy Acids.  AHA merujuk kepada satu kelas sebatian kimia yang terdiri daripada carboxylic acid yang digantikan dengan kumpulan hydroxyl. Sumber AHA mungkin dari  semulajadi atau sintetik. Contoh dari sumber semulajadi adalah dari  sayur-sayuran dan buah-buahan seperti apple, anggur, tebu, buah tin (figs) dan buah-buahan yang berasid/citrus seperti limau, lemon dan grapefruit.

Untuk pengetahuan semua, sumber AHA untuk produk Herlysa adalah dari sumber semulajadi dan kandungan AHA didalam semua produk adalah < 2%.

Diantara manfaat AHA ialah:

  • Menyamarkan kesan garis-garis halus dan kedut diwajah.
  • Mengurangkan pembesaran pori-pori.
  • Membantu mengatasi masalah pigmentasi dan jeragat.
  • Menyamarkan kesan bintik-bintik hitam diwajah akibat usia.
  • Membantu proses pengelupasan kulit secara lembut.
  • Menganjalkan kulit wajah.
  • Mengurangkan luka- luka bekas jerawat.

Cara AHA berkerja  adalah dengan menanggalkan sel-sel kulit mati dan menggantikan dengan sel-sel baru yang lebih sihat yang sebelumnya tersembunyi di lapisan bawah kulit wajah.

Jadi, tidak hairanlah mengapa  AHA menjadi salah satu bahan ‘ favourite ’ didalam kebanyakkan  produk-produk kecantikan kulit untuk para wanita.

Untuk para wanita yang  mengalami hiperpigmentasi atau bintik hitam, anda disarankan untuk menggunakan produk yang mengandung AHA didalam kandungan 1% ke 3% untuk  membantu mendapatkan  kulit wajah yang cerah dan berseri.

Produk kecantikan kulit dengan kandungan AHA lebih dari 10% perlu mendapat khidmat nasihat dari doktor untuk mencegah penggunaan berlebihan dan efek sampingan.

 

Kesan Sampingan  AHA

Dengan menggunakan produk pemutih kulit mengandung bahan AHA yang tinggi ( contohnya lebih dari 10% ), kemungkinan anda akan mengalami keradangan,  iritasi kulit dan kulit anda akan menjadi  lebih sensitif terhadap sinar matahari.

Langkah-langkah untuk menghindari kesan sampingan tersebut, antara lain adalah:

  • Pemilihan produk dengan kandungan konsentrasi AHA yang rendah sebelum memulakan dengan yang lebih tinggi. Gunakan produk dengan kandungan diantara 1% – 3%.  Jika anda ingin menggunakan AHA lebih dari 10%,  pastikan pemakaian di bawah pengawasan doktor kulit.
  • Menggunakan produk yang mengandungi tabir suria SPF35+  setiap hari  kerana  selama menggunakan produk berbahan AHA, kulit menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *