1. Lemon Dan Putih Telur
 
 

 

Lemon terbukti dapat mencerahkan kulit secara semula jadi. Hiris buah lemon dan perah jusnya ke dalam sebuah mangkuk. Campurkan putih telur serta gaul rata. Gunakan berus untuk menyapu campuran tersebut ke seluruh bahagian badan. Biarkan ia mengering selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.
 
 
2. Badam


Cara Cerahkan Kulit Secara Semula Jadi
 
Pada sebelah malam pula,  campurkan empat  biji badam bersama susu  dan tumbuk badam  sehingga menjadi pes. Sapukan campuran ini pada bahagian wajah dan leher. Biarkan ia semalaman. Bilas dengan air sejuk pada esok paginya. Amalkan rejim ini selama dua minggu untuk hasil yang memuaskan.
  
3. Chamomile
Cara Cerahkan Kulit Secara Semula Jadi
Chamomile sememangnya berkhasiat dalam mencerahkan kulit. Ia juga baik untuk mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencelup uncang teh chamomile ke dalam air panas dan biarkan ia sejuk. Letakkan uncang teh tersebut ke atas kedua-dua belah mata anda. Amalkannya sekali dalam dua minggu untuk hasil yang lebih menakjubkan.
4. Oatmeal
Cara Cerahkan Kulit Secara Semula Jadi
Oatmeal  dapat membantu mencerahkan wajah, juga memiliki kandungan anti-inflamasi yang sangat baik untuk kulit sensitif atau berjerawat. Manakala susu sendiri memang sudah terkenal memiliki banyak manfaat, baik untuk kulit maupun kesehatan. Salah satu khasiat susu adalah membantu memberikan kulit yang lebih cerah dan halus. Campuran bersama madu juga baik untuk kulit muka kerana dapat membersihkan kulit hingga lapisan paling dalam.  Madu juga memiliki kandungan antioksidan yang baik untuk kulit. 
Caranya :
  • Dua sudu besar makan oatmeal
  • Satu sudu teh madu
  • 1/4 gelas susu hangat
Campur seluruh bahan yang sudah disiapkan tadi dan langsung diratakan  pada wajah. Diamkan masker selama 10 minit  lalu bilas menggunakan air hangat. Kulit akan  terasa halus dan juga cerah setelah menggunakan masker ini.
Selamat mencuba….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *