Ramai yang beranggapan jerawat tumbuh di muka kerana ketidakseimbangan hormon atau akibat tidak menjaga kebersihan wajah. Ada juga yang membuat kesimpulan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit.

Namun, ketahuilah kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula daripada dalam. Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.

  1. Dahi

Sejurus anda dapat tahu ada jerawat di bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula.

  1. Zon-T

Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.

  1. Di Sekeliling Mata

Jika anda mulai merasakan jerawat yang timbul terletak di  kanan atau kiri mara, anda  wajib berhati-hati. Jerawat yang letaknya di sekeliling mata  menandakan  bahwa anda  memiliki gangguan ketidakseimbangan sistem buah pinggang.  Anda perlu mengurangkan  minum-minuman yang berkarbonat  atau yang terlalu manis dan perbanyakkan  minum air masak.

  1. Hidung

Jika terdapat jerawat pada hidung, itu petanda bahawa anda  memiliki masalah dengan tekanan darah. Selain itu, jerawat pada hidung muncul kerana  anda  kekurangan vitamin B.  Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah-buahan  serta sayuran.

  1. Pipi

Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Akan tetapi, jika anda  tidak merokok ataupun memiliki alergi terhadap makanan, ini bererti anda  memiliki kadar asid  yang terlalu tinggi di dalam badan. Perbanyakkan mengambil  makanan yang berserat dan bergizi seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

  1. Di Sekitar Bibir

Akibat dari munculnya jerawat pada sekitar bibir adalah kemungkinan anda  sedang mengalami perubahan hormon. Walaupun perubahan hormon merupakan hal yang terjadi secara alami dan tidak dapat dicegah, tapi anda  dapat menjalani gaya hidup yang sihat dengan bersenam agar mengubah proses perubahan hormon tersebut kembali normal.

  1. Dagu

Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian yang diambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *