Usia remaja sememangnya zaman usia yang agak mencabar. Dalam usia seputik jagung, akan ada kelompok yang berlagak “Hot”, maka kelompok yang segelintir ni akan jadi bahan topik untuk dipersendakan.

Aduh…perit dan pedih kalau jadi topik untuk dibahan dan dihina ni tetapi itulah yang terjadi kepada insan yang bernama Ummu Zafrah. Betapa teruk dirinya dihina, namun, si empunya diri mempunyai jiwa yang utuh.

Ikuti kisah beliau,

Disebabkan kulitnya yang gelap dan berjerawat. Ummu Zafrah sering dibuli dan trademark yang digelarkan padanya ialah “Budak Busuk” dalam dia melewati usia remaja seperti kebanyakan remaja yang lain di zaman persekolahan. Bayangkan, setiap kali kelibatnya kelihatan, panggilan itu turut berkumandang. Pedihnya, “Budak Busuk” itulah penghinaan yang paling dalam pada seorang gadis remaja.

Namun, zaman bersilih, Ummu Zafrah juga turut berubah. Jika hari ini, semua orang yang pernah bersua muka dengan Ummu Zafrah pasti tidak akan tahu kisah beliau yang tersimpan ujian dan dugaan yang berat sebelum bergelar seorang Make-Up Artis Terkenal di Negeri Sembilan. Malah kini, beliau memegang jawatan penting di dalam Persatuan  Make-Up Artis Negeri Sembilan.

Persatuan Make-up Artis (MUA), Negeri Sembilan.

Persatuan Make-up Artis (MUA), Negeri Sembilan.

Bagaimana Ummu Zafrah bermula bangkit dan keluar dari kepompong?

Dengan berbekalkan azam yang kuat, Ummu Zafrah cuba berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dengan menjual burger tepi jalan, berniaga di pasar malam, Ummu Zafrah mula mengumpul duit untuk memajukan dirinya. Tapi kenangan dikecam dan dibuli kerana paras rupanya dan diejek-ejek membakar semangatnya untuk membuktikan pada masyarakat diluar sana yang dia boleh berjaya.

Ummu Zafrah mengambil masa selama 2 tahun untuk ubah minda daripada seorang wanita yang sedih kepada seorang yang lebih positif! Rentetan peristiwa hitam menjadi mangsa buli, membuat Ummu membina sendiri jati diri dan kumpul ilmu pengetahuan walaupun tanpa segulung ijazah atau segenggam sijil diploma.

Ummu tahu yang wanita fitrahnya memang mahu kelihatan cantik, lalu Ummu mula belajar teknik-teknik make-up untuk kelihatan cantik. Ummu berguru dengan ramai guru-guru  make-up artis dan mula mendapat kepercayaan dari pelanggan dan mendapat banyak tempahan dari personaliti-personaliti terkenal kerana sentuhan make-upnya ada kelas, unik dan natural. Antara tugasan yang Ummu Zafrah telah lakukan ialah jemputan untuk make-up personaliti Nona, Majalah Cosmopolitan dan  banyak lagi.

Ye benar, dulu di keji dan di caci, sekarang di puji dan di cari!

Ketika Ummu Zafrah ditanya kenapa dia memilih produk dari Herlysa Vegan, beliau berkata, pengalaman membuat beliau sangat teliti ketika memilih sesuatu produk. Disebabkan ramai pelanggan Ummu Zafrah menaruh kepercayaan pada beliau, Ummu  akan mencuba dahulu semua produk-produk ke atas dirinya sendiri.

Kata Ummu, produk Herlysa yang bersumberkan dari “Buah Tin” lain dari produk-produk yang Ummu pernah cuba. Double Serumnya mempunyai tekstur yang sangat halus, ringan dan tidak melekit, manakala Hydrating Mist pula membuat make-up tahan lebih lama.

Double Serum Dari Buah Tin

Double Serum Dari Buah Tin

Ini Amalan dan Pesanan Ummu Zafrah…

Ujar Ummu , “ Saya kongsikan kali ini, surah Al Anfal, ayat 53 di dalam Al-Quran yang bermaksud ”:

ALLAH tidak mengubah keadaan manusia kecuali dengan sebab mereka mengubah perbuatan mereka sendiri.

Kata Ummu Zafrah lagi, seseorang wanita itu akan lebih cantik jika mereka mengamalkan sifat-sifat yang mulia, seperti tidak putus asa, tidak berdendam dan gigih. Ini kerana kecantikan dalaman dan luaran itu seiring. Lebihkan istiqamah dalam menjaga maruah, keperibadian, personaliti dan gaya hidup.  Apabila kedua-duanya terjaga, maka terserlahlah kecantikan seseorang itu!

 

One reply on ““Woi Busuk!”, Gelarannya Sebelum Bergelar MUA Professional – Ummu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *