Herlysa Vegan Petua Tradisional Untuk Awet Muda
Setelah mengamalkan cara penjagaan kulit muka dengan betul, anda boleh menggunakan beberapa cara rawatan dan petua tradisional di bawah untuk mengembalikan kecantikan wajah anda. Dan sudah pasti, melicinkan kulit muka anda secara total.
1. Cuci Muka Dengan Kunyit
 
Petua Tradisional Untuk Awet Muda
 
 
Anda boleh menggunakan kunyit untuk merawat kulit muka anda. Tidak percaya? Cara-caranya adalah seperti berikut:
  • Campurkan satu sudu yogurt (yang biasa) dan satu sudu serbuk kunyit.
  • Gaulkannya sehingga menjadi satu pes.
  • Sapukan pada muka anda, pastikan tidak terkena mata.
  • Biarkan selama 20 minit.
  • Kemudian bilas dengan air


Namun, beberapa perkara anda perlu ambil perhatian jika berminat untuk mencuba cara ni:

  • Anda tidak digalakkan untuk mencuba kaedah ini dengan kerap sekiranya anda mempunyai kulit yang cerah. Hal ini kerana kunyit boleh meninggalkan kesan warna pada kulit.
  • Bilas mask  tersebut dengan air yang bersih sahaja, jangan menggunakan sabun kerana ia boleh menanggalkan bakteria baik yang ada pada yogurt tersebut.
  • Kunyit juga boleh meninggalkan kesan warna pada kain dan baju. Jadi berhati-hati jika tidak mahu pakaian anda kotor.

 

2. Bersihkan Kulit dengan Cuka Epal
 
Petua Tradisional Untuk Awet Muda
 
 
Dapatkan satu botol cuka epal dan tuangkannya sedikit lebih kurang 1 sudu teh yang di campur bersama 2 sudu besar air ke atas kapas muka. Sapukannya pada permukaan kulit yang berkenaan dan biarkannya selama 2 minit sebelum membilasnya.
Untuk bilasan, digalakkan untuk menggunakan air yang bersih sahaja tanpa sabun. Hal ini kerana sabun boleh menanggalkan bakteria semula jadi yang ada dalam cuka tersebut.
Cuka epal akan memberikan bau yang kurang enak semasa penyapuan, namun akan hilang sebaik sahaja ia kering.
3. Guna Madu
 
Petua Tradisional Untuk Awet Muda
 
Ini adalah salah satu cara yang popular, kerana ia mudah untuk didapati, murah dan senang. Madu secara semulajadi mempunyai banyak khasiat. 
Berikut adalah langkah-langkah untuk melicinkan kulit muka dengan menggunakan madu:
  • Campurkan madu dan yogurt sehingga ia sebati. Kuantiti adalah mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.
  • Sapukannya pada permukaan muka dan biarkannya selama 20 minit.
  • Bilas dengan air yang bersih.

 

Amalkan kaedah ini setiap hari, nescaya anda akan mendapati perubahan dalam masa 1-2 minggu. Madu tidak mempunyai sebarang kemudaratan, jadi jangan risau.
4. Guna Tomato
 
Petua Tradisional Untuk Awet Muda
 
Tomato mengandungi banyak khasiat yang boleh mengembalikan dan pengekalkan kesihatan kulit dan melicinkan kulit muka.

Cara-caranya adalah:
  • Tumbuk separuh tomato sehingga menjadi pes.
  • Sapukan pada permukaan kulit secara sekata.
  • Biarkannya selama 10-20 minit.
  • Bilas dengan air yang bersih .
  • Lap muka anda dengan perlahan-lahan.

 

 
Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *