1. Pertama sekali, sebelum mencuci muka, kita haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. 

2. Menggunakan Skrub Muka dua kali seminggu
untuk menghilangkan sel kulit mati pada muka. Untuk muka yang ada iritasi, pilihlah skrub muka yang tidak kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka.

3. Menghilangkan Mekap Sebelum Menggunakan Pencuci Muka
Ramai yang menganggap mencuci muka sudah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ini salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya

4. Memfokuskan Pada Zon T Muka
Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.

5. Mencuci Muka Perlahan-lahan
Dalam penjagaan kulit muka, yang paling penting adalah mengelakkan luka atau iritasi. Urut muka secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.

6. Tidak Mengeringkan Muka Dengan Tuala Atau Sebagainya kerana kita tidak tahu tuala yang digunakan itu bersih atau tidak. Jadi, biarkan muka kering dengan sendirinya

Julio Jones Womens Jersey