Herlysa Vegan menawarkan 100% jaminan kepuasan terhadap semua produk kami.

Jika anda tidak puas hati dengan penggunaan produk kami, kami akan memulangkan wang anda 100%  atau penggantian produk jika mengikut syarat-syarat dibawah:-
  • Anda perlu memulangkan semula barang tersebut bagi tujuan penyemakan kami di Herlysa Quaters (HQ).
  • Barang hanya boleh ditukar dengan barang yang sama seperti dipulangkan atau pengembalian wang mengikut harga barang tersebut.
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala kos pemulangan produk.
  • Jika berlaku kerosakan produk, sila kembalikan dalam masa 3 hari bekerja selepas barang diterima (Sila simpan resit untuk rujukan).
  • Sekiranya barang tersebut rosak dan kami tidak menerima barangan tersebut dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan barang, urusan akan ditamatkan SERTA MERTA.
  • Semua pertukaran dan pemulangan wang akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan oleh pihak Herlysa Vegan. Penghantaran pemulangan kepada pelanggan adalah mengikut masa penghantaran kami.
  • Anda perlulah mempunyai bukti pembelian seperti nama penuh, nombor telefon, nombor pembelian, nama produk, kod produk dan alasan kenapa anda ingin memulangkan produk tersebut.
  • Herlysa Titans: Komisyen anda bagi pembelian tersebut akan dimansuhkan. Jika anda telah menukarkannya ke e-Wallet baucar and telah menggunakanya untuk membuat pembelian produk di laman kami, permintaan pemulangan wang atau pertukaran barang tidak akan dilayan.
  • Sebarang pertanyaaan boleh hubungi Sis di laman Hubungi Kami.